Friday, August 28, 2009

10 JENIS MUSLIM YANG KEJAM

Berkata Sufyan Atsauri : terdapat 10 jenis golongan muslim yang kejam

pertama : Seorang yang berdoa hanya untuk dirinya sahaja, tetapi tidak mendoakan untuk anak-anak dan mukmin lain

kedua : Seorang yang pandai membaca AL-QURAN tetapi tidak membaca 100 ayat pun dalam sehari

ketiga : Seorang yang masuk MASJID lalu keluar tanpa solat dua rakaat

keempat: Seorang melalui KUBURAN tetapi tidak memberi salam serta mendoakan ahli kubur

kelima : Seorang yang sampai ke sesebuah kota pada hari jumaat tetapi tidak solat jemaah

keenam : Seorang yang di daerahnya di datangi oleh seorang alim, tetapi tidak bertanyakan apa-apa

ketujuh : Dua orang yang bertemu di perjalanan tetapi masing-masing tidak menanyakan nama

kelapan : Seorang diundang ketempat jamuan tetapi tidak pergi

kesembilan : Pemuda yang tiada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan kesopanan

kesepuloh: Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya dalam kelaparan.




Daripada kata-kata tadi dapaatlah kita mengambil ibrah bahawa kita berada di bumi ni tidak lepas dari tanggungjawab masing-masing....

saudara-saudaraku..
Setiap kita punyai tanggungjawab, dan setiap tanggungjawab itu PASTI akan dipersoalkan kelak, sama ada kita tahu atau tidak itu bukan persoalannya...yang pasti kita tetap akan menghadapinya nanti....

saudara-saudaraku..
Pada masa kini jawatan sentiasa menjadi rebutan dan menjadi suatu cita-cita bagi golongan yang masih belajar...jika semua manusia memikirkan disudut yang lain, di mana jawatan merupakan satu amanah yang kan dipertanggungjawabkan nanti kelak di hadapanNya nescaya tiada yang akan memegangnya...tanggungjawab kita terhadap diri kita pun belum tentu lagi lepas inikan pula kita yang memegang amanah untuk orang lain...walaubagaimanapun, jawatan merupakan satu medium penting untuk menegakkan ISLAM...jika kita mengungkapkan kembali tabir sejarah Rasulullah s.a.w, bagaimana islam itu dapat ditegakkan di bumi MADINAH???
pastinya kita tidak dapat lari dari kenyataan bahawa Jawatan atau kuasa menjadikan asbab untuk tertegaknya islam di kota madinah...


PERSOALANNYA....Sejauhmanakah kita mampu untuk menguruskan amanah yang dipertanggungjawbkan itu...........?????

SALAM UKHWAH.......

Alhamdulillah...Segala puji-pujian tertentu bagi Allah subhanahu wata'ala, selawat dan salam untuk junjungan kita Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, para keluarga dan sahabat baginda.
Ana bersyukur kepada Allah subhanahu wata'ala, kerna dengan 'inayahNya akhirnya terciptalah blog ni. InsyaAllah blog ni akan menjadi wadah untuk ana berkongsi pandangan dan ilmu serta dapat memberi lontaran idea berkenaan isu-isu semasa