Wednesday, December 30, 2009

MATI : SETIAP SENDI MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL



“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Tiada pengajaran atau nasihat yang paling berkesan bagi mengubati hati melainkan dengan berfikir dan merenung soal kematian, ianya pasti akan meninggalkan kesan kepada mereka. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila berlaku kematian yang hamper pada kita, umpama kematian keluarga, sahabat karib, dan orang-orang yang disayangi sudah pasti suasana sedih akan menyelubungi. Semua turut bersedih miskipun pada keadaan biasanya terdapat mereka yang keras hati.

Kematian membuktikan bahawa ianya dapat merubah dari suasana yang riang kepada muram dan sedih, dari kebiasaan kepada situasi pilu dan sebagainya. Keadaan sebegini melahirkan dua golongan, golongan pertama adalah golongan mempunyai hati yang lembut dan mereka akan cepat mengambil iktibar dari kematian orang-orang terdekat, kesan ini akan berpanjangan sehingga dapat merubah kehidupan sehariannya. Manakala golongan kedua pula ialah golongan yang mempunyai hati yang keras, kematian orang terdekat hanya memberi kesan yang sekejap sahaja dan ianya akan kembali kepada kehidupan yang asal. Keadaan ini bukan bererti kematian tidak member kesan hatinya , tetapi dia telah mensia-siakan kesempatan yang amat berharga itu untuk melakukan perubahan pada diri.

Islam menggalakkan untuk menziarahi orang yang sedang sakit tenat, terutama ketika sedang berada pada saat sakaratul maut,serta mentalkinkan lafaz toyyibah iaitu Lailaha Ilallah, mudah-mudahan ianya dapat membentu si pesakit itu untuk mengakhirkan kalamnya dengan lafaz toyyibah tersebut.

Mengiringi jenazah ke kuburan juga merupakan perjalanan terakhir jasad di atas bumi ini, keadaan pilu megiringi langkah-langkah menuju kealam yang kekal. Jasad yang kaku dimasukkan ke lahad yang kelam, dan ditimbus dengan pasir secara perlahan-lahan, sungguh sayunye hati melihat keadaan tersebut.

Sesungguhnya bukan sekadar orang-orang terdekat sahaja yang merasa hiba dan sedih bahkan setiap anggota sendi si mati juga turut bersedih. Setiap kematian berlaku pada diri sesorang, pastinya sendi-sendi terlebih dahulu yang merasai perpisahan yang selamanya. Kematian pada sendi-sendi berlaku secara perlahan-lahan, beransur-ransur. Bermula dari sendi jari kaki mengucapkan salam perpisahan, kepada
sendi-sendi yang telah mati.

Setiap telapak kaki mengucapakan salam perpisahan pada sendi buku lali, diikuti oleh buku lali mengucapkan salam perpisahan pada betis dan begitulah seterusnya. Mereka mengucapkan perpisahan itu seolah-olah

“Sesungguhnya kita sudah lama bersama dan berada dalam suatu keluarga yang sama, merasai susah senang bersama, saling bantu-membantu antara kita, sekarang aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepadamu, kerna Allah mengkehendaki perpisahan ini, semoga kita kan bertemu lagi di akhirat kelak”

Sesungguhnya sendi-sendi itu berpisah dengan sedih yang teramat sangat, tetapi tiada siapa pun yang sedarinya.kesedihan diantara sendi-sendi dirasai kerana ketika bangkait di akhirat ianya akan memikul bebanan yang amat berat, seperti yang telah difirmankan oleh Allah

“pada hari kiamat ini (hari yang dihitung amal) kami tutup mulut mereka dan berkata kepada kami tangan mereka dan member saksilah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka lakukan”
( Yasin, ayat 65 )

Daripada ayat diatas dapat dikatakan bahawa pertemuan sendi-sendi selepas ini adalah bukan untuk menghilangkan rindu setelah sekian lama berpisah, akan tetapi pertemuan kali kedua itu untuk sama-sama memikul tanggungjawab yang besar, dimana kaki akan menjadi saksi diatas berbuatan tangan-tangan.

Cuba kita mengambil masa sejenak untuk memikirkannya.....alangkah bertuah sekiranya sendi-sendi akan bertutur dan kaki menjadi saksi keatas perbuatan yang baik dan alangkah celakanya jika penyaksian kaki dan pertuturan tangan di atas perbuatan yang jahat..Nauzubillah...

Wassalam

_____________________________________Iwan__________________________________

Tuesday, December 29, 2009

JAUHI DARI MENJADI HAMBA NAFSU.


“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”


Manusia adalah tergolong dalam jenis haiwan, ia disebut sebagai haiwan yang boleh bertutur. Manusia adalah makhluk yang paling istimewa kerana dikurniakan akal dan penciptaannya yang amat sempurna jika dibandingkan dengan makhluk-makhluk lain termasuk malaikaat,

firman Allah
“Sungguh Kami ciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”
(At-Tin, ayat 4)

Itu lah yang membezakan antara manusia dengan haiwan, walaubagaimaanapun kedua-makhluk ini mempunyai kerperluan yang sama dari segi jasmani, umpamanya makan, minum, tempat tinggal, berpasangan dan sebagainya, tetapi hanya manusia yang dapat memilih tempat tinggal yang selesa dan indah, memilih makanan dan minuman yang lazat-lazat disebabkan oleh nikmat Akal yang dikurniakan oleh Allah S.W.T
Walaubagaimanapun manusia juga menjadi sama taraf dengan haiwan bahkan lebih teruk dari itu sekiranya tidak menggunakan akal yang diberikan untuk berfikir secara waras yang bersumberkan wahyu Allah.

Firman Allah
“Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka)”
(At-Tin, ayat 5)

Sesungguhnya nafsu syahwat dan nafsu perut banyak menjerumuskan manusia ke lembah dosa..sejarah Awal telah membuktikan bahawa Adam dan Hawa dimurkai oleh Allah adalah disebabkan terpedaya oleh hasutan Iblis yang menyebabkan Adam dan Hawa kehilangan hak kewarganegaan Syurga.

Dalam dunia moden kini manusia amat mudah untuk mendapatkan makanan, keadaan ini telah menyebabkan manusia mengalami krisis nafsu perut, umpamanya ketagihan arak berlaku di semua peringkat susun atur pyramid kehidupan dengan kata lain dari peringkat istana sampailah ke peringkat yang paling bawah. Para pimpinan Negara yang mengamalkan rasuah juga telah menyuburkan lagi darah daging anak isteri mereka dengan makanan yang dibeli dengan duit yang haram, rakyat bawahan yang hilang pegangan apabila ditimpa kesusahan, sanggup menipu dan mencuri untuk memberi sesuap nasi kepada anak isteri

Kapitalis yang banyak membolot sumber makanan,menyebabkan pengagihan sumber makanan dunia menjadi tidak seimbang, menjadi mangsa adalah Negara-negara yang miskin, krisis makanan menimpa, menyebabkan berlakunye kebuluran umpamanya dinegara-negara islam benua afrika. Keimanan menjadi longgar untuk bertahan di saat kemiskinan melanda dan ianya adalah tapak yang subur untuk menyemai dosa-dosa yang berpunca dari nafsu perut.

Justeru, apabila menyedari bahawa diantara dosa-dosa itu ada berpunca dari nafsu syhwat perut, tiada jalaan lain untuk bertaubat melainkan dengan menhindari dari makanan dan minuman yang haran serta makanan dan minuman yang didapatkan dengan cara yang haram.

“pendedahan oleh persatuan pengguna tanah air,hasil kajian makmal mendapati bahan-bahan haram khususnya gelatin dan juga lemak haiwan, merupakan bahan utama untuk menjadikan makanan itu bermutu tinggi. Gelatin disahkan oleh kajiaan makmal, ia terdapat dalam kebanyakkan makanan terutama aiskrim yang berada di pasaran di Negara ini.”

(Dipetik dari buku Insan, Ingatlah!)

Meskipun makanan yang telah didedahakan dengan terang dan jelas oleh pihak yang berwajib, masyarakat tetap tidak mempedulikannya, hal ini adalah disebabkan oleh iklan yang disiarkan dapat membangkitkan selera dan dapat memperdaya jiwa-jiwa yang lemah. Jika dipikirkan masih banyak makanan-makana asli yang lazat-lazat, oleh itu beralihlah pada makanan yang asli yang telah direzkikan oleh Allah agar makanan yang masuk ke badan tidak mengandungi perkara-perkara yang dapat menyegarkan nafsu perut.
Diharapkan jika pada ketika yang sama bertembung antara kepentingan perut dengan kepentingan Allah, sesekali jangan cenderung pada keinginan nafsu perut walaupun di atas alasan untuk menjaga kesihatan badan.

Setiap mukmin itu bercita-cita untuk menjadi hamba Allah yang soleh, bukan hamba nafsu makan dan syahwat sahaja.

Firman Allah

“makanlah rezeki Allah dan bersyukur kepadaNya"

(Saba, ayat 15)

Wassalam

_____________________________________iwan__________________________________

Saturday, December 26, 2009

SELAMAT KEMBALI

“Dengan Menyebut Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha mengasihani”

Segala puji bagi Allah yang menguasai langit dan bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Syukur pada Illahi kerana dengan izinNya kita semua dapat lagi meneruskan lagi pengajian, pada kesempatan ini ana ingin mengucapkan selamat kembali. Dengan semangat yang baru dan azam yang baru. Tidak dilupakan juga syabas kepada yang mendapat keputusan cemerlang, moga dapat ditingkatkan lagi pada semester ini. insyaAllah..bagi yang mendapat keputusan yang kurang membanggakan harap dapat tingkatkan prestasi dan mulakan semester ini dengan target yang lebih baik. insyaAllah.

HIJRAH PEMUDA

“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah syukur KehadratNya kerna masih lagi membenarkan roh berada pada jasad yang hina ini.Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad S.a.w, keluarga dan sahabat baginda.

Pada 22&23/12 alhamdulillah ana dan sahabat-sahabat sempat memebuat program yang bertajuk “Hijrah Pemuda Menuju Kehidupan Hakiki” program ini adalah antara program yang julung kalinya dilaksanakan di cawangan Tanjung Kuala..pada mulanya ana tak sangka dapat wat program ini memandangkan masa yang ada amat terhad kerna pada 25/12 ana akan bertolak ke UPSI,perancangan dibuat pada 20/12, pada malamnya kami bermesyuarat bersama ketua pemuda cawangan tanjung kuala..dan pada malam berkenaan jugalah kami wat tentatif progam serta kertas kerja untuk program ni.
Alhamdulillah pembahagian kerja yang dibuat amat teliti dan mantap walaupun masa untuk berbincang amat terhad..pada 21/12 kami telah menjalankan tugaas masing-masing untuk mendapatkan sumbangan dari orang2 yang berkenaan. Alhamdulillah kami perolaeh bajet yang diluar jangkaan, dalam masa sehari sahaja kami dapat lebih kurang RM1600..dengan bajet ini kami dapat jalankan program dengan mudah dan selesa.

Pada hari seterusnya program kami bermula dengan solat dhuha dan solat hajt secara berjemaah di masjid at-tawwabeen seterusnya kami bersarapan pagi di kedai yang berada berhampiran dengan masjid berkenaan. Selesai makan, kami bertolak dengan dimulakan dengan doa menaiki kenderaan. Destinasi pertama adalah Cameroon Haighland, sepanjang perjalanan kenderaan kami di alunkan dengan zikir as-syeikh Masyaari Al-Afasi, disamping melihat keindahan alam membuatkan lahirnya rasa ketenangan di jiwa. Setibanya kami di Cameroon, kami bersolat di Majid Abu Bakar, sungguh sejuk airnya, bila kami amati masjidnya tidak menggunakan penyaman udara dan kipas pun, dapat jimat elektrik..selesai solat barulah kami ke tempat membeli belah
Setelah habis membeli belah kami ke tempat-tempat menarik di kawasan tersebut, memang cukup nyaman udara di sekitar tu. Setelah puas berjalan dan melihat keindahan ciptaanNya di Cameroon, kami bertolak ke masjid gua musang.

Tibanya di masjid Gua Musang, udaranya kembali biasa dan kami terus solat dan tido kat sana.
Setelah selesai solat subuh saja kami terus bertolak ke Terengganu, sepanjang perjalanan kami sempat melihat banyak tanah runtuh dan jalan mendap, risau pun ada tapi kami terus juga perjalanan. Sehingga sempai ke destinasi seterusnya iaitu di masjid Kristal. Masjid yang di megah-megahkan itu sememangnya indah, tapi jika dilihat pada sudut lain setiap orang akan berbeza persepsi terhadap masjid berkenaan..keadaan sekitar masjid tersebut kelihatan ramai pelancong dari luar negeri dan Negara dengan pemakaian yang pelbagai..seharusnya perkara sedemikian harus dititik beratkan kerna masjid itu adalah rumah Allah..

setelah itu kami ke pantai, menikmati suasana angin laut yang cukup kuat..kami juga sempat singgah di rumah sahabat di Terengganu, Alhamdulillah layanan yang diberikan amat-amat kami kagumi, hanya Allah yang dapat membalasnya..sebelum kami bertolak pulang, kami solat di masjid yang sedang dibina berhampiran rumah sahabat berkenaan..setelah selesai berehat kami terus bertolak pulang.
wassalam