Thursday, September 2, 2010

MUHASABAH AKHIR RAMADHAN



“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani”

Alhamdulillah pertama dan selama-lamanya marilah kita mengatur syukur kita kepada Allah S.W.T yang telah memberikan kita semua nikmat Iman dan Islam. selawat dan salam keatas nabi junjungan besar, saiyiduna Muhammad al-mustofa dan keluarga baginda serta para sahabat-sahabat baginda ridwanullahiajmain..

Alhamdulillah masih lg diberi ruang masa untuk ana menulis walaupun penulisan ini agak lemah, insyaAllah ana cuba kongsikan apa yang ada dalam kepala ni untuk peringatan pada diri sendiri dan kepada sahabat-sahabat semua..moga ianya menjadi pemangkin untuk kita menjadi manusia yang bertaqwa.

Hari ini merupakan hari ke24 Ramadhan, dimana-mana dah kedengaran lagu-lagu raya, di TV, Radio, di pasar-pasar raya sibuk mengatakan jualan murah sempena raya..kita lupa bahawa kita sedang dalam bulan yang keberkatannya melebihi segalanya. Hati diulit dengan lagu-lagu raya sehingga ramai yang terpesona, sibuk dengan kuih raya, baju raya, kemas umah untuk raya dalam masa yang sama hari-hari dalam Ramadhan terus berlalu tanpa dimanfaatkan sepenuhnya, padahal pada 10 malam terakhir merupakan malam kemuncak ramadhan yang mana berlakunya malam Al-Qodar.

Firman Allah
1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).


Ana teringat kata-kata ust zulfikar “ kita sibuk nak sambut encik sywal, sedangkan encik ramadhan yang dah berada disisi selama 24hari kita wat xlayan je”
Disaat semua makhluk lain selian jin dan manusia menitiskan air mata kerana ramadhan hampir berlalu kita yang diberi akal yang waras bergelak ketawa, kalau boleh nak ramadhan pergi cepat-cepat kerna nak behari raya...berapa ramai manusia yang dapat menitiskan air mata, membasahkan pipi dengan air yang besar nilainya disisi Allah?? Betapa ramai manusia yang dapat sujud dikala org lain sedang sibuk menyiapkan persiapan 1 syawal?? Pernahkah kita semua pikir apa yang hendak dilahirkan daripada madrasah Ramdhan yang telah berlangsung selama satu bulan...malangnya sekiranya kita tidak dapat menjadikan Ramadhan ini sebagai bulan untuk menyucikan diri dan keluar dari tarbiah Ramadhan dengan sesuci kain putih...

Ramadhan yang berlalu tidak dapat dikembalikan semula, berapa banyak amalan kita yang telah dilakukan, berapa banyak masa yang dipergunakan dalam bulan yang mana setiap detik masanya diberkati, dan berapa banyak dosa yang masih belum terampun....persoalan-persoalan ini akan timbul sekiranya kita duduk merenung bermuhasabah....Ya Allah betapa lemahya hamabaMU ini....Allah telah membuka ruang dan peluang bagi kita semua dengan menyediakan satu bulan daripada 12bulan dalam 1tahun untuk kita semua menyucikan diri, memohon Taubat...alangkah malang jika dipersia2kan ruang ini..barangsiapa yang kelua dari bulan ramadhan sedang dosanya msih belum terampun maka celakalah dia..

Ramadhan yang tersisa beberapa hari lagi ni, marilah kita sama-sama tingkatkan amalan kita agar kita beroleh keampunan......titiskanlah air mata di dikala manusia sedang lena di alam mimpi, bermunajatlah, berdialoglah dengan Allah dengan hati yng penuh kyusyuk...moga Lailatul Qodar menjadi milik kita InsyaAllah..
Wassalam
-Redhuwan-