Monday, September 28, 2009

Perihal Hati Yang Hidup


Dalam hati manusia terdapat kekuatan…

Tidak terurai kecuali menerima kehendak Allah.

Dalam hati terdapat keganasan…

Tidak hilang kecuali berjinak dengan Allah.

Dalam hati terdapat kesedihan…

Tidak hilang kecuali seronok mengenali Allah dan baik muamalah (perhubungan) denganNya.

Dalam hati terdapat kegelisahan…

Tidak tenang dan damai kecuali berjumpa denganNya dan lari menujuNya.

Dalam hati terdapat api penyesalan…

Tidak padam kecuali redha dengan suruhanNya, laranganNya, qadhaNya dan senantiasa sabar sehingga menemuiNya.

Dalam hati terdapat hajat…

Tidak terbendung kecuali dengan kecintaan kepadaNya, memohon kepadaNya, senantiasa berzikir kepadaNya dan keikhlasan kepadaNya. Andai dunia dan seisinya diberi, tidak akan dapat membendung hajat hati si insan ini.



Oleh: Ibnu Qayyim

RINTIHAN BERSENDIRI



Bersendiri…
Memikirkan keadaan diri,
Memikirkan lalainya diri,
Memikirkan alpanya diri,
Memikirkan tentang esok hari,
Entah apa yang bakal terjadi…

Bersendiri…
Teringat dosa-dosa yang dilakukan,
Terkenang kelalaian yang diulang,
Terbayang laghanya kelakuan,
Tercutus kekesalan yang mengundang…

Bersendiri…
Melayang fikiran menjejak kesilapan,
Menerjah kekesalan di fikiran,
Masih adakah keampunan tuhan,
Masih layakkah diri diampunkan…

Bersendiri…
Mengharapkan kasih Illahi,
Mengharapkan redha-Nya lagi,
Mengharap syurga yg abadi,
Mengharap maghfirah-Nya kini,

Tuhan…
Ampunkan hamba-Mu yang hina,
Maafkan diriku yang leka,
Pimpinlah aku Ya Tuhan!!

Pagar Diri Dari Sihir dan Ilmu Hitam

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda. Ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.


Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda
Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".(Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'(Riwayat at Tabraaniy dgn sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi
mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W.telah bersabda:Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah.Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud utk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah!Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah
Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini
ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya."(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.
Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri sememangnya penipu."(Riwayat al Bukhari).

Sekian wassalam.


Tuesday, September 8, 2009

HATI...............

Rasulullah s.a.w mengakui bahawa umat manusia mempunyai banyak kelemahan, antara yang ketara adalah sifat lalai dan lupa. Justeru insane amat memerlukan bimbingan dan peringatan yang sentiasa..Oleh sebab itu Allah telah mengutuskan Rasul a.s bagi menerima wahyu, kerna wahyu itulah yang diperlukan oleh manusia sebagai petunjuk dan peringatan bagi mengatasi kelemahan sifat manusia seperti yang disebut diatas

Firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan tetaplah member peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” (Adz-Dzariat:55)

Oleh sebab Rasul itu penerima wahyu yang mengandungi petunjuk dan peringatan, maka manusia perlu mendampinginya dan beriman kepadanya. Petunjuk dan peringatan wahyu Allah SWT itu laksana air yang menyuburkan tanaman, air akan mendatangkan faedah hanya pada tanah yang subur, jika air disiram pada batu pejal pasti tiada mendatangkan kesan. Demikianlah petunjuk Allah hanya berguna pada mereka yang mahu menerimanya sahaja, dan nasihat itu kan melekat pada dasar hati yang lembut. Hati yang keras ibarat batu keras yang tidak dapat menerima apapun walaaupun telah diberikan peringatan, Hati sebegini tidak akan mungkin dapat menerima wahyu Allaah..Nauzubillah……..(Ya Allah, Tuhan yang Maha berkuasa membolak balikkan hati manusia, tetapakanlah Hatiku Diatas petunjukMu….ameen)

Batu yang pejal terlalu keras akan tetapi hati yang keras ada kalanya lebih keras dari batu yang keras, batu yang keras akan lekuk kesan dari titisan air yang terus-menerus, tetapi hati yang keras kadangkala tidak manfaat dari kehadiran rasul a.s, sekalipun rasul itu dating dari alhi keluarganya sendiri., sebagaiman Firaun tidak mendapat manfaat dari kenabian Musa a.s, begitu juga abu jahal.

Hati memainkan peranan penting dalam menentukan keperibadian seseorang, sama ada dia akan menjadi seorang yang baik ataau sebaliknya. Sabda Rasulullah saw “ Sesungguhnya di dalam diri manusia terdapat seketul daging , jika baik seketul daging itu maka baiklah seluruh anggotanya, dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggotanya, ketahuilah bahawa ia adalah HATI”

Hati dapat dibentuk menjadi lembut, dan pekerjaan ini berlaku sepanjang masa, karana hati merupakan tempat sasaran iblis dan nafsu bagi mnyesatkan insane dari melakukan kebaikan. Oleh sebab itulah insane itu perlu melawannya secara berterusan dan dengan itulah juga hati secara tersendiri hati terasuh untuk membenci perkara-perkara yang maksiat. Hanya hati yang mempunyai iman dan akidah yang berteraskan wahyu sahaja yang dapat melawan musuh-musuh ghaib itu. Manusia mengnganggap bahawa kekuatan yang menjelma melalui bentuk badan itu merupakan kekuatan yang sebenar…Sebenarnya tafsiran itu hanya layak bagi golongan yang hanya melihat luran semata-mata tanpa melihat dalaman. Umpama manusia hari ini tersalah tafsir kerana mangnanggap bahawa berfikiran jauh itu hya berfikir kehadapan macamana untuk mendapat keuntungan dalam perniagaan, mcmmn untuk mendaptkan pekerjaan, berumahtangga, dan sebagainya..walhal sebenarnya berfikiran jauh bagi orang yang mempunyai hati yang bertunjangkan iman dan akidah bersumberkan wahyu akan mengatakan bahawa berpandangan jauh itu mcmmana dirinya untuk menghadapi alam selapas kehidupan dunia, di alam barzakh, alam masyar, mizan, sirat syurga dan neraka..

Kesilapan ini memberi kesan yang amat kepada diri, agama, bangsa dan Negara..jika kita lihat pada aspek diri, seseorang itu akan lupa bahawa dia akan kembali pada Penciptanya dan akan dipertanggungjawabkan diatas setiap pekerjaannya di alam dunia ini ketika berhadapan denganNYA kelak di Yaumul Mahsyar..

Firman Allah SWT: “Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarrah, niscaya dia akan melihat (balasan) nya dan barangsiapa yang membuat kejahatan sebesar zarrah maka, niscaya akan melihat(balasan)nya.” AZ-ZILZALAH:7-8

Semua pekerjaan yang kita lakukan akan dibalas setimpal dengan apa yang dikerjakan, semuanya ini bermula dengan Hati..begitu juga jika dilihat kesan pda bangsa dan Negara, manusia pada hari ini sentiasa sibuk untuk mencari kekayaan dunia semata-mata, sehingga lupa untuk mencari bekalan menuju Allah selepas mati..Lupanya manusia ini terhadap tanggungjawab kepada Allah maka rosak binasalah bangsa dan Negara itu, kita dapat lihat pada hari ini makin ramai yang dapat ke menara gading semakin ramai yang daripada mereka yang kononnya ada ilmu tetapi tetap melakukan maksiat. Dan mereka-meraka inilah yang aakan memimpin Negara kelak..sama-sama kita fikirkan ape yang akan terjadi jika ini berterusan…keadaan ini sebenarnya berlaku bukan sebab manusia itu tiada ilmu, tetapi ilmu itu hnya setakat dunia sahaja, dan lupa pada hari yang sebenarnya……….semua ini bermula dari HATI…

Friday, September 4, 2009

Rintahan ramadhan

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala puji bagi Allah yang menguasai langit dan bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hidup ini penuh dengan perulangan. kita bangun, berdoa, berwudu', bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tido kembali. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup yang sama setiap hari sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita tentang sesuatu yang lebih penting dalam hidup.
Sedar ataupun tidak, ramadhan telah berlalu selama 15 hari meninggalkan kita, terlalu pantas masa berdetik, sehingga tak terasa ianya berlalu, sehari demi sehari terasa terlalu singkat. terasa diri ini amat rugi, banyak masa yang berlalu dengan bersahaja tanpa diisi dengan perkara-perkara yang memberi manfaat, sedangkan pada bulan ini menjanjikan keberkatan dalam semua amalan. Bertapa lemahnya diri......
Ramadhan merupakan tetamu yang dinanti-nantikan kedatangannya, ramai yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kalau dilihat betapa ramainya yang ke masjid-masjid, surau-surau, madrasah-madrasah untuk menunaikan ibadah khususnya untuk menunaikan solat teraweh...Alhamdulillah...tetapi jika dilihat pada akhir-akhir ini dimasjid-masjid, surau-surau dan madrasah madrasah, amat menyedihkan, semakin berakhir ramadhan semakin sedikit jemaah yang dapat ke masjid. situasi ini ibarat hanya satu budaya bagi masyarakat kita. Kita tak dapat hayati makna sebenar Ramadhan apatah lagi untuk menterjemahkan makna itu melalui pengamalan. Bukan kita tidak mengetahui bahawa pada bulan ramadhan, byk kelebihan yang dijanjikan, tetapi akibat tidak menghayatinya dengan mendalam kita tidak merasa apapun ramadhan berlalu.
Para Ulama' mengelaskan manusia yang berpuasa kepada tiga bahgian
1) Golongan Awam- golongan ini merupakan golongan yang paling ramai pada hari ini, golongan ini hanya menahan makan dan minum sahaja, sedangkan perkara-perkara lain tetap dilaksankan.
2) Golongan Khowas- golongan ini merupakan golongan yang pertengahan. golongan ini berpuasa dari makan dan minum serta meningglakn perkara yang haram.
3) Golongan Khowasul Khowas- golongan ini merupakan golongan yang paling tinggi. golongan ini berpuasa dari makan minum dan membuat perkara haram serta dalam masa yang sama sentiasa melakukan amalan-amalan sunat yang lain dan meninggal perkara yang sia-sia.

Daripada ketiga-tiga golongan tadi, kita cuba muhasabah diri, dimanakah kita berada???

Jika dipikirkan, kenapakah kita merasa sangat susah untuk melakukan amal kebaikan sedangkan kita berada dalam bulan ramadhan dimana pada bulan ini smua iblis telah dibelenggu Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka,dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru berseru: Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhientilah dan (yang ikhlas) kerana Allah, akn dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Rmadhan"(RIWAYAT AT-TIRMIZI dan IBN MAJAH)

mungkinkah disebabkan oleh tarbiah iblis selama 11bulan lepas memberi kesan yang mendalam dalam diri setiap kita. dalam keadaan iblis dibelenggu pun masih ada diantara kita yang melakukan maksiat, apatah lagi jika iblis dibebaskan dari belenggu.

Masa masih panjang.....Sama-sama kita penuhi waktu yang tersisa ini dengan ketaqwaan, kerana perjalanan kita masih panjang, banyak liku-liku yang harus ditempuhi. Jangan jadikan diri kita ini hamba kepada nafsu, sebaliknya jadikanlah Iman sebagai penyuluh kegelapan laluan. Mungkin Ramdhan ini ramadhan terakhir buat kita, jadi gunakan masa, ruang dan peluang yng luas ini untuk kita mengabdikan diri kepadaNya kerana tiada yang paling berharga dalam hidup ini melainkan rasa kaseh dan cinta terhadapNYA..

Sama-sama kita pertingkatkan amalan...wassalam.


Tuesday, September 1, 2009

Rahsia Dan Nikmat Di Sebalik Erti Sabar

Maksud sabar dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora hati atau tekanan jiwa atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah, resah, gelisah, kecewa, putus asa dll akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak selesaan atau keadaan yang tidak diingini.
kesabaran ini mestilah meliputi 4 tindakan:
1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat kepada Allah
2. Menahan diri dari melakukan maksiat kepada Allah
3. Memelihara diri dari dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan
4. tenang dan teguh bilamana berhadapan dengan ujian

Sabar merupakan suatu tuntutan dalam agama, kerana semua ibadah didirikan di atas sifat sabar dan ia merupakan asas dalam mencapai tahap ikhlas. dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan. Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar. Orang yang gagal untuk bersabar akan gagal untuk mencapai matlamat dan manfaat sebenar ibadatnya

Tujuan kita disuruh untuk bersabar adalah kerana:
1.supaya kita melakukan ibadah itu dengan tenteram dan dapat mencapai matlamatnya. Sukar untuk kita melakukan ibadat dengan sempurna jika kita tidak ada sifat sabar, semua perkara menjadi sukar untuk dilaksanakan. keadaan ini menyebabkan kita mudah berputus asa.
2. Supaya mencapai kejayaan( Dunia dan Akhirat). Firman Allah "dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin yamg memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar." (QS.32:24) Firman Allah seterusnya " Mereka itulah orang2 yang dibalas(dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjungjung taat kepada Allah) dan mereka dialu-alukan di dalamnya dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan( oleh para malaikat)"(QS.39:10) Firman Allah lagi " Hai orang2 yang beriman, bersabarlah kamu(melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan dan siap sedialah serta bertawakkallah kepada Allah agar kamu beruntung(merebut syurga dan bebas dari neraka)"(QS.3:200)

Apabila seseorang itu berjaya mempertahaankaan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan itu, maka tercapaailah darjat istiqomah dan seseorang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat
Saidinar Ali R.a pernah bermadah, mksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga keatas kamu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika kamu tidak bersabar pun, takdir tetap aakan berlaku keatas kamu dan engkau berdosa.

Dalam konteks menghadapi ujian (Qodo') atau musibah seseorang hamba Allah itu, InsyaAllah akan berjaya mengekalkan kesabarannya, jikalau dia sentiasa mengingati kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah tersebut , lantaran itu menjadikan keimanan seseorang itu bertambah teguh. Sebagai perumpamaan tentang hakikat musibah itu, dikatakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknye memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. sebaliknya bapa itu menyuruh anaknya untuk memakan buah biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu untuk membeli buah kegemaran buah anakya itu. Apakah penerimaan anak terhadap tindakan bapanya itu?? dan apakah pendapat kita terhadap bapanya itu?? mungkin ramai yang mengatakan bahawaa bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebaraangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu tujuan dia bertindak sedemikian. kita harus mencari sebab musababnya.

Inilah tindakan wajaar bagi orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhaadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibaahyang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. kita tidak harus terus melenting, marah atau kesal mengikut arus perasaan dan ransangan nafsu syaitan, kerana tidak mengetahui hakikat disebalik takdir itu.

Bandingannya, katakaan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak sedemikian adalah kerana anaknya menghadapi satu penyakit yang mana doktor mengatakaan bahawa sang anak itu tidak boleh memakaan makanan kegemarannya kerana boleh menyebabkan penyakitnya bertambaah teruk. Sekarang apa kata kita?? Tidakkah tuduhan2 terhadap si bapa itu tergugur dengan sendirinya.. dan sang anak pula apabila mengetahui tujuan bapanya, adakah wajar untuk dia memarahi bapanya?? Sekarang tentu kita kan mengatakan baahawa sang bapa merupakan seorang bertanggungjawab dan anak tidak patut untuk menyesali tindakan bapanya itu.

Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya ke hospital, lalu ditahan, maka terpenjaralah anaknya, terpaksa berpisah dari keluarga dan kawan2nya. Dan selain itu, sang anak juga terpaaksa disuntik dan memakan ubat yang pahit. pada zahirnya sang anak itu menderita seksa , tetapi apabila diyakini bahawa semua itu hanya SEKSAAN untuk menyelamatkan daripada seksaan yang sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang menghadapinya. oleh itu seksaan itu seharusnya diterima dengaan hati yang terbuka, penuh rela, tenang dan sabar

Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibah atau ujian Allah Taala. Sebenaarnya penyakit itu merupakan ujian atau cubaan. Melalui penyakit kita diuji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauhmana usaha ikhtiar kita merawatinya, sama ada melalui dengan cara bersendikan tawakkal dan tafwid atau melibaatkan perbuatan syirik. Dan andaikata ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit bertambah tenat, maka itu adlah ujian yang lebih besar. Kita sebagai hamba perlu bersabar dan menghadapinya dengan tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran di samping berikhtiar.

Untuk mewujudkan kesabaraan, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian. Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa megingati bahawa kesabaran bakal dibalas dengan ganjaran yang tiada bandinagnnya.

Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekaligus menolak mudarat kepadaa kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan..
Wallahu a'lam.......