Thursday, April 29, 2010

Semester INI....


“Dengan menyebut nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Menagasihani”

Alhamdulillah, sempat juga curi masa untuk menggerakkan jemari ini bagi mencoret sepatah dua setelah sekian lama tidak mengupdate blog ni..pantas masa berlalu, rasa bagai baru je semalam berada pada awal sem, ni dah di akhir sem...

Semester ni begitu banyak peristiwa yang berlaku, ada yg gembira dan ada yang amat mengdukacitakan... ana memulakan langkah pertama, ke sambutan tahun baru di stadium merdeka bersama arwah faizol dan fadhiri..pemergian kami adalah semata-mata diatas misi dakwah di lapangan setelah lama kami berada di zon yang agak selesa..seperti mengadakan program-program ynag berbentuk kerohanian..kali ini kami turun melihat sendiri kepincangan hidup mereka-mereka yang jauh dari penghayatan agama, sukar untuk digambarkan...ana teringat kata-kata arwah fadhiri kepada ana tempoh hari

“enta cuba bygkan dakwah nabi dulu, kito loni berdepe nga ore yang doh sapa isle cumo xmenghayati jah, nabi dulu sapa dakwah kepado ore yg tok kenal pn gapo tu isle”
Selepas itu arwah terus ambil air di tangan ana dan sampaikan kepada remaja-remaja yang duduk melepak dikawasan tersebut sekadar untuk mendekati..
semasa berehat di masjid negara semasa sama-sama menjalankan tugas di stadium merdeka

Dua hari selepas pulang dari misi dakwah lapangan, kami duduk semeja untuk membuat garis panduan dalam hiburan khusus untuk JMK KUO dalam melaksanakan apa-apa program yang berbentuk hiburan.

Seminggu selepas itu iaitu pada 11/1/2010, kedua sahabat seperjuangan ana, arwah faizol dan fadhri kembali kerahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya pada jam 4.45pagi..subhanallah begitu pantas ms berlaku, baru 20minit ana berbual dengan arwah faizol sblm arwah keluar untuk mengambil arwah fadhiri kat stesen keretapi..ana terima panggilan mengatakan dari seorg sahabat

“assalamualaikum we,nk bgth ni, saing kito faizol xdok doh, yo baru belangga nga lori, mari lalu di dekat nga traffic light tokong hindu”

Ana sempat kejutkan rakan-rakan lain di rumah dan terus ke tempat kejadian, betapa pilunya hati melihat terbujur kaku seorg sahabat di atas jalan raya..saat itu arwah fadhiri dibawa ambulan ke hospital...

Selang beberapa jam kira-kira pukul 10 pagi setelah ana dan rakan-rakan balik dari rumah mayat untuk melihat arwah faizol, ana terima 1 lagi panggilan dari sahabat

Sahabat :“assalamualaikum we, enta duk mano,
Ana : baru sapa kolej nk kemah bare2 arwoh faizol
Sahabat : nk oyak ni, fadhiri pun xdok doh, saba la we..Allah saye ko yo lagi..al-Fatihah

Ana xterkata ape-apa, terus letak panggilan telefon tersebut, dan g bagitahu sahabat-sahabat yang lain...air mata mengalir akibat tak tahan dengan pemergian kedua-dua sahabat yang paling rapat ngan ana..

semasa tahlil arwah di dewan kolej

Selepas itu, biasanya tugas sebagai mahasiswa,pelajar, penuntut tak lepas dari asgment. Akibat terlalu sedih dengan pemergian arwah, byk keje tertangguh jd terpaksalah ana bertunkus lumus siapkan..sehinggakan ana xde kumpulan, jd lect kata awak wat la sorg2 xsusah pun..dengan berat hati ana kata “ ok, sy siapkan, mggu depan sy hantar”...alhamdulillah semua dapat disiapkan dalam masa yang dikehendaki..

Alhamdulillah tidak ketinggalan untuk ana dan sahabat serta sahabiah melaksanakan program2 kerohanian di kolej...disamping dapat menambahkan ilmu melalui pengajian kitab ngan ust2 khususnya dari DQ..insyaAllah sem hadapan jadual makin tersusun dengan kehadiran JMK LPS yang baru..

Pejam celik, pejam celik, sekrang dah sampai minggu exam....ada yang dah habis, Alhamdulillah liku-liku sem ni dapat ditempuhi dengan penuh tabah..
Kepada sahabat2 dan sahabiah2 selamat menempuhi peperiksaan akhir, buat yang terbaik..sama-sama kita berdoa moga Allah permudahkan dan mendapat keputusan yang cemerlang bukan setakat disini bahkan dikehidupan yang akan datang insyaAllah
Kepada sahabat yang dah habis, ana ucapkan selamat bercuti, moga kita akan dipertemukan lagi di sem hadapan insyaAllah..

Ana pohan ampun dan maaf kepada sahabat dan sahabiah semua..sama-sama kita berdoa moga ukhwah kita berkekalan hingga ke syurga...Ukhwan bertunjangkan akidah tidakkan goyah walau apapun berlaku...
Wassalam.....