Wednesday, October 6, 2010

Sejarah Surau As-Salikin KUO



Adanya sesuatu gerak kerja pasti ada permulaannya, tujuan penulisan ini dikarang agar dapat memberikan sedikit gambaran dan input kepada pembaca khususnya kepada ahli jemaah Surau As-Salikin Kuo tentang serba sedikit sejarah penubuhan surau ini. Apa yang di karang sekadar apa yang diingat dan segala pengalaman yang dilalui oleh pengarang dan rakan-rakan. Nama yang tertera di dalam coretan ini sekadar perkongsian, tidak ada niat lain dihati pengarang selain ingin menyemarakkan semangat buat ahli jemaah surau agar bersatu hati bersama-sama mengimarahkan surau.


Menurut saudara Zaiful Nizam Bin Syafie yang merupakan bekas Imam surau KUO ,surau ini telah di bina dan siap digunakan pada sekitar awal tahun 2005. Saudara Zaiful dan beberapa sahabatnya memberitahu bahawa pada masa permulaan pembukaan surau, jemaah hanya beberapa orang sahaja. Pintu surau yang berada di bahagian tengah pada masa kini pada masa dahulu nya merupakan dinding dan pintu asal bagi muslimin adalah di bahagian tempat wuduk. Oleh itu, terdapat kesukaran kepada jemaah untuk melaluinya apabila imam telah memulakan solat. Jadi pintu di bahagian tengah surau di bina untuk kemudahan para jemaah. Pada zaman tersebut mikrofone dan system pembesar suara tidak seperti sekarang ini yang serba lengkap.

Pada masa itu, surau kita hanya menggunakan “portable mikrofone” iaitu alat pembesar suara yang hanya mampu untuk di dengari disekitar surau sahaja. Karpet surau, kipas angin semuanya masa itu belum ada lagi. Dalam pada masa yang sama satu gerak kerja surau telah diwujudkan oleh muslimin dan muslimat.


Selepas sem berikutnya beberapa asas surau mula hampir lengkap, adanya karpet, kipas dan pembesar suara dan seterusnya hingga kini yang lengkap dengan penghawa dingin. Untuk pengetahuan para jemaah sekalian, pada masa permulaan ahli jemaah yang ingin menjadi Ajk surau adalah sedikit khususnya muslimin. Berbekalkan semangat dan kegigihan seorang sahabat iaitu saudara Ismail bin Omar beliau telah dipilih untuk menjadi pengerusi surau. Beberapa sahabat muslimin hadir membantu beliau ketika itu saudara Zaiful Nizam,Ust Mahathir, Azman Shafai, Azman Hashim dipilih untuk menjadi Ajk surau muslimin bagi mengimarahkan surau. Bermula dengan 4 kini Alhamdulillah menjadi ramai di mana Allah menghantar saudara Rahman, fadhiri dan Faizul dan seterusnya…….Di bahagian muslimat ketika itu, sememangnya telah ramai dengan ajk. Pengarang memohon maaf kerana tidak dapat menceritakan kisah di bahagian muslimat, apa yang dikongsi hanya berkaitan pengalamaan pengarang yang berada dibahagian muslimin.


Semasa pimpinan saudara Ismail bin Omar, banyak acuan-acuan gerak kerja dimulakan dengan bantuan ahli ajk surau muslimin dan muslimat. Fyers berunsur bacaan dakwah terus tersebar bilik ke bilik. Kempen demi kempen dilaksanakan dan banyak kertas kerja yang terhasil dengan izin Allah S.W.T. Dengan acuan yang terbina semoga akan menjadi penyambung kepada pimpinan surau pada sem seterusnya. Alhamdulillah ahli jemaah semakin bertambah dan ramai. Surau yang dahulunya hanya di kenali dengan surau KUO di namakan Surau As-Salikin dan suatu majlis perasmian telah dilaksanakan.


Pimpinan seterusnya, di pikul oleh arwah sahabat kita iaitu Fadhiri. Kesinambungan di teruskan oleh saudara fadhiri yang merupakan seorang pemimpin yang baik dan mesra bersama ahli ajk dan jemaah. Walaupun sentiasa di dalam kesibukan menjadi Pengerusi surau, sahabat kita juga aktif di dalam JMK dan persatuan. Terlalu banyak kenangan yang di tainggalkan buat kita semua iaitu Penubuhan Rakan Surau, Blog surau assalikinkuo.blogspot, baju surau dan lain-lain.


Oleh kerana saudara Fadhiri yang terlalu sebuk, pimpinan di serahkan kepada arwah sahabat kita iaitu faizul. Kesinambungan di teruskan oleh sahabat kita ini, di mana dia sendiri sudi untuk memberi kuliah agama bagi mengisi masa sementara menunggu solat isyak. Kuliah yang di sampaikan ialah berkaitan sifat 20 dan merangkap menjadi imam surau.