Wednesday, December 22, 2010

“ Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkat kepada Penguasa Seluruh Alam, yang telah mengatur perjalanan kehidupan dengan teratur dan penuh bijaksana. Dan Yang telah mengurniakan kita semua hidup didalam Islam dan Iman yang sempurna. Tidak dilupakan kepada Insan yang agung, sayyiduna Muhammad Rasulullah s.a.w, serta para sahabat baginda ridwanullahiajmain yang telah mengorbankan jiwa raga, harta benda demi untuk memperjuangkan agama Allah, Yakni Islam sehingga kini kita dapat merasakan nikmat berada didalam Islam dan Iman..

Alhamdulillah, tergerak juga hati untuk memulakan penulisan yang telah lama ditinggalkan dek kerana kesibukan dan kekurangan idea untuk dikongsikan didalam catatan pelayar ni. Syukran diucapkan kepada sahabat-sahabat yang telah member semangat untuk ana teruskan menulis walaupun ana ni tak ada bakat menulis, tp insyaAllah ana akan cuba sedaya untuk menyampaikan meseg2 berguna dalam bahasa yang mudah difahami..

Sahabat-sehabat yang dikasihi, sebelum ana menulis ingin untuk ana ucapakan bahawa diri yang menulis ini juga tak lari dari kesilapan dan kelalain, sabda Rasulullah s.a.w "Tiap-tiap Bani Adam itu berbuat banyak kesalahan, tetapi sebaik baik orang yang berbuat banyak kesalahan ialah orang-orang yang banyak bertaubat." (Tarmidhi, Ibnu Majah), selaku manusia kita mesti akui yang kita sebernarnya tidak lepas dari kesalahan. Oleh yang demikian selalulah kita muhasabah diri semoga segala kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan dapat diperbetulkan dan ditinggalkn pada masa yang akan datang..insyaAllah..

Sebut je perihal taubat, terasa diri ni banyak sangat melakukan dosa..moga Allah memberi pengampunan kepada kita semua diatas segala dosa yang telah dibuat secara sedar atau tidak.. disini ana cuba untuk menarik kita semua untuk bermuhasabah diri, merenung kedalam diri agar kita dapat menghitung gelap dosa yang telah dilakukan. Hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit, detik demi detik umur kita berkurang sedang dosa yang tak terampun semakin bertimbun.

Sedarkah kita bahawa semua anggota badan merupakan alat, umpama roda sebuah basikal yang dikayuh, mengikut kehendak tuannya, jika mahu kearah kiri, maka ia akan berputar menuju kearah kiri begitulah sebaliknya.. perumpamaan ini menggambarkan bahawa tangan,kaki, mulut, mata, dan telinga berbuat dosa atau pahala diatas perintah raja. Raja yang telah menitahkan anggota berkenaan samada untuk melakukan mungkar atau ma’ruf..raja yang dimaksudkan adalah HATI..

Sabda Rasulullah s.a.w “Dalam diri anak Adam itu ada seketul daging. Kalau baik daging itu maka baiklah manusia. Kalau ia rosak, maka rosaklah manusia. Ketahuilah itulah hati (roh).” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Hati merupakan nokhoda bagi sebuah kapal, raja bagi sebuah Negara, dan ketua bagi sebuah kumpulan, menggambarkan kepada kita bahawa peranan hati dapat mempengaruhi kehidupan manusia secara total. Tetapi kita sekarang mudah menghukum tanpa melihat kepada dalaman diri, yakni bermuhasabah. Mata melihat perkara yang jahat kita mengatakan mata jahat, kaki melangkah ke tempat maksiat kita mengatakan kaki yang jahat, mulut bercakap perkara tidak baik kita mengatakan mulut jahat, kita terlupa bahawa semua itu datangnya dari punca yang satu iaitu HATI..

Hati ibarat cermin yang bening, dosa pula umpama debu..dosa yang dilakukan akan melekat pada hati sehingga kita sukar untuk menilai baik atau buruk perkara yang hendak dilakukan. Seringkali kita berbuat kesalahan terlebih dahulu sebelum kita sedar bahawa perkara yng kita lakukan sebenarnya satu kemurkaan Allah. Tetapi Allah itu bersifat Maha pengampun, sifat pengampunan Allah melebihi
Kemurkaannya…subhanallah..

Allah mengurniakan Akal buat kita untuk berfikir, berfikir tentang kekuasaan Allah, kehebatan Allah, dengan berfikir sedemikian membuatkan kita akan terhindar dari melakukan perkara-perkara maksiat.

Kadang kala kita terfikir, kenapa dan kenapa Allah member ujian yang sangat berat untuk ditanggung, kenapa tidak org lain, kenapa sekarang, kenapa begini dan kenapa begitu??? Persoalan-persoalan ini tak kan terjawab jika kita tidak bermuhasabah, merenung disebalik ujian tersebut, usah kita cepat melatah mengatakan perkara ini tidak patut berlaku pada aku, sedang Allah memberikan ujian itu untuk menguji kita

Firman Allah:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta (Al-Ankabut [29]: 2-3).”

Allah memberi ujian buat hambaNya semata-mata untuk memilih siapakah yang paling bertaqwa kepadaNya..kata Dr Fadhilah kamsah “ tidak akan bernilai pokok jati sekiranya tidak kuat untuk menahan hujan, panas mentari dan rebut..” bernilainya sesuatu benda itu adalah kerna kekuatan dan ketahanannya..begitu juga manusia..tidakkan dikatakan kuat sekiranya tidak diuji..kata ust ana, dunia ni tempat binasa, kita sebagai manusia dicampakkan ke dunia yang penuh dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebinasaan, kehebatan manusia adalah apabila kita kelua dari dunia dengan pegangn yang tetap dan tidak mengikut rentak dunia yang penuh dengan kepura-puraan.. ibarat kita yang dicampakkan ke sekolah jahat, persekitaran yng penuh dengan perkara yg tidak baik, tetapi setelah kelua dari sekolah jahat itu kita tidak menjadi jahat..sebaliknya menjadi lebih baik..

Sama-samalah kita bermuhasabah, mencari kesilapan diri setelah itu bertaubatlah dengan taubat yang benar-benar dari hati.. ambillah masa dalam sehari untuk bermuhasabah… semoga kita semua diampunkan segala dosa… ingatlah kita hanya Hamba….. (^__^)