Monday, March 29, 2010

DAMPINGI ULAMA"


“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Tidak ada tempat meminta pertolongan kecuali kepadaNya. Segala puji bagi Allah, tiada ada pujian kecuali padaNya. Aku memuji-mujiMU wahai Tuhanku, sebagaimana Engkau ajarkan kami cara memujiMU. Selawat dan salam semoga selalu disampaikan pada makhlukNya yang terbaik, sayyidina Muhammad s.a.w.

Orang-orang yang berdosa itu bagaikan berada di tempat yang kotor dan najis, langkah yang patut diambil bukan sahaja perlu meninggalkan tempat itu bahkaan ia mestilah beredar dan mencari tempat baru yang bersih dan suci.. setalah berusaha membersihkan kekotoran dosa yang melekat , maka dia mestilah menjaga kebersihan itu dari sebarang perkara yang boleh mencemarkannya kembali.



Setelah mereka meninggalkan rakan atau orang2 yang mendorong kepada kemungkaran dan dosa, hendaklah dia berusaha untuk mendampingi golongan yang cintakan agama, golongan yang membencikan kemungkaran berleluasa atau dengan kata lain golongan Ulama’. Hal ini adalah disebabkan oleh Jiwa yang telah dibersihkan dari dosa dan kemungkaran yang menjerumuska ke dalam lembah kebinasaan perlu diisi dengan perkara-perkara yang makruf iaitu dengan mendekati golongan-golongan ulama’ bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar, supaya corak hidup akan bertukar kepada suasana ketaqwaan.
Teringat kata-kata dari seorang murabbi semasa sesi pembelajaran yang telah berakhir. beliau mengatakan bahawa untuk kita menjadi seorang guru yang baik kita mestilah berada dalam suasana yang baik, kerana suasana akan membentuk kita..suasana dapat mempengaruhi gaya hidup kita, akan mempengaruhi tindak tanduk kita dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk menjdikan kita lebih baik kita mestilah berhijrah kpeda suatu tempat yang mempunyai persekitaran yang baik. Satu tempat yang baik yang dimaksudkan itu adalah tempat yang mempunyai golongan pencinta pada agama ada golongan yang bencikan kemksiatan berleluasa iaitu golongan Ulama’



Ulama’ merupakan pewaris para nabi yang meneruskan perjuangn untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi dan mencegah segala kemungkaran. Para Ulama’ adalah pembawa obor ilmu yang menerangi kegelapan, apabila seseorang itu berusaha mendampingi ulama’ maka bererti dia berusaha untuk mendekati cahaya. Cahaya yang dapat menilai erti ketaqwaan dan hinanya kemaksiatan. Cahaya inilah juga dapat memberi jalan untuk merentasi lorong-lorong gelita kejahilan.
Para ulama’ adalah golongan yang sentiasa berusaha memberi peringatan, dan peringatan itu amat berguna kepda manusia yang tidak sunyi dari sifat lalai dan lupa, sebagaimana firman Allah

“ Berilah peringatan kerana peringatan itu amat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
Az-zariyat, 55



Orang2 yang sedng bertaubat setelah mereka meninggalkan tempat-tempat yang membawa kepada kejahatan, mereka mestilah sentiasa mendampingi majlis2 zikrullah. Kalau kita melihat makna zikir adalah ingat kepada Allah bukan sekadar didalam hati da fikiran sahaja, tetapi melaksanakan ingatan kepada hokum-hukum dan peraturan Allah Taala. Iaitu dengan erti kata lain melaksanakan segala kewajipan terhadap diri, keluarga dan masyarakat islam atau jemaah islam dan Negara.
Tidak dikatakan zikrullah jika sekadar pada lidah semata-mata , zikir yang hanya pada lidah walaupun diucapkan ribuan kali, namun ianya tidak menepati kehendak zikir yang sebenarnya jika amalan sehariannya tidak menunjukkan bahawa dia benar-benar ingat kepada Allah S.W.T. Apa ertinya lidah sentisa menyebut Allah sedangkan dia masih lagi terlibat dalam kemungkaran dan kemaksiatan contonya terlibat dalam rasuah, jual beli rumah secara riba, dan sebagainya. Sepatutnya bagi lidah yang sentiasa melafzkan Allah, tidak layak baginya untuk melakukan amalan yang bercanggah dengan kehendak Allah S.W.T.
Kesan dari zikrullah itu mestilah dapat kita lihat dari amalan seharian. Sekiranya bercanggah antara ucapan dan amalan maka bererti kita sebenarnya jahil terhadap apa yang telah diucapkan. Maka wajiblah menseragamkan anatara ucapan, ingatan, dan amalan kerana sebenarnya yang dikatakan iman ialah ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melaksanakan dengan anggota.



Riwayat dari saidinar Ali r.a, bahawa seorang lelaki setelah selesai dari menunaikan solatnya, lantas berdoa pada Allah dengan katanya” YA ALLAH YA TUHANKU, AKU BERTAUBAT KEPADAMU SEKARANG JUGA” Apabila saidinar Ali mendengar doa orang it uterus Saidinar Ali berkata :-


“Wahai hamba Allah yang sedang berdoa, sesungguhnya taubat yang engkau pohonkan itu adalah taubat dusta, dan kamu memerlukan kepada taubat yang lain”
Sesunggauhnya bertaubat itu memerlukan syarat yang mesti dituruti dan dipatuhi. Jika kamu mempermudahkan urusan agamamu di dunia, Nescaya Allah akan memperhlusi setiap amalanmu diakhirat dan jika kamu memperhalusi setiap amalanmu di dunia maka Allah akan mempermudahkanmu di akhirat.



Sama-sama kita muhasabah diri kembali, agar kita sentiasa dalam magfirahnya. Tiada apa yang kita harapkan dari Allah melainkan dengan Rahmat dan pertolongannya..


Wassalam..

Sunday, March 28, 2010

KONSERT JOM HEBOH DI KELANTAN MENJADI CONTOH KPD NEGERI-NEGERI LAIN

KOTA BHARU, 28 Mac – Penganjur Konsert Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Sultan Mohd Ke-IV, di sini malam tadi mengotakan janji untuk mematuhi syarat dikenakan kerajaan negeri, antaranya pengasingan tempat duduk antara penonton lelaki dan perempuan.

Selain itu hanya artis lelaki – tiada artis perempuan sebagaimana lazimnya – yang membuat persembahan pada konsert Jom Heboh pertama selepas pelancaran di Stadium Bukit Jalil hujung Februari lalu.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, pihaknya bercadang untuk menjadikan konsert Jom Heboh di Kota Bharu sebagai model bagi konsert seterusnya di negeri-negeri lain bermula di Johor Bahru selepas ini.

Sambil melahirkan rasa kagumnya di atas sambutan amat menggalakkan Ahmad Farid secara jujur mengakui Kelantan adalah negeri yang begitu berjaya bagi penganjuran program Jom Heboh selama dua hari.

“Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz serta kakitangan kerajaan negeri yang begitu mesra dalam memberi kerjasama kepada kami dalam menjayakan program ini untuk kali pertama di Kelantan dan Insya-Allah ia akan diadakan pada setiap tahun di sini sekiranya mendapat kelulusan pihak kerajaan negeri,” katanya.

Menurut beliau, pihak penganjur tiada masalah untuk memenuhi syarat dikenakan kerajaan negeri termasuk pengasingan tempat duduk lelaki dan wanita serta tiada persembahan melibatkan artis wanita.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.. kita akur akan syarat dikenakan.. begitu juga Baginda Tengku Mahkota Kelantan yang berangkat pada hari pertama program (Jumaat).. Baginda sangat gembira melihat rakyat negeri ini mengambil kesempatan membawa bersama keluarga masing-masing khasnya bagi mengikuti program Al-Kulliyyah.

“Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan Kelantan sekiranya selama dua hari Jom Heboh berada di Kelantan ada sedikit sebanyak kekurangan yang berlaku dan ia akan ditingkatkan pada masa akan datang.

“Saya lihat penonton begitu gembira hadir ke konsert ini walaupun mereka di bahagikan kepada tiga tempat yang dihalang dengan pagar besi di antara satu sama lain,” katanya ketika ditemui sejurus konsert berakhir malam tadi.

Dianggarkan lebih 50,000 penonton, kebanyakannya golongan muda mudi membanjiri segenap ruang Stadium Sultan Mohd Ke-IV untuk mengikuti konsert Jom Heboh yang pertama kali berlangsung di negeri ini.

Antara artis yang mengadakan persembahan malam tadi termasuk Kumpulan Raihan, Yassin (bekas anggota kumpulan nasyid Brothersa), Jamal Abdillah, Jay Jay dan artis dikir barat tersohor negeri ini, Megat Nordin.





Monday, March 22, 2010

UWAIS AL-QARNI



Ada seorang pemuda bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah SAW. Beliau yang berkulit kemerah-merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut. Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul.


Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepadanya untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Ia tak dikenal kebanyakan orang, ia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.

Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata: “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.

pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatannya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW. yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika dia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.

Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah SAW mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi SAW dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Akhirnya, dia terpaksa memohon keizinan Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama. Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi SAW. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah dia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju ke kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar dan Sayyidina Ali mendatangi mereka dan bertanya apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian”. Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!” Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ? “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di atas kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorangpun yang
tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.) Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya-tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang ia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.

Wednesday, March 10, 2010

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi meninggal Dunia..


KAHERAH - Syeikh Al-Azhar, Syeikh Dr. Mohamed Sayed Tantawi, seorang tokoh kontroversi di Mesir meninggal dunia semalam di Arab Saudi kerana diserang sakit jantung semasa menaiki sebuah pesawat, kata satu kenyataan akhbar.

Menurut agensi berita Mena, Sheikh Dr. Mohamed yang merupakan ketua Universiti Al-Azhar di Mesir berada di Riyadh untuk menghadiri anugerah Raja Faisal.

Syeikh Dr. Mohamed yang berumur 81 tahun itu menaiki sebuah pesawat pada awal pagi apabila beliau diserang sakit dan jatuh di tangga pesawat, lapor sebuah stesen televisyen Mesir.

Beliau kemudian dihantar ke Hospital Amir Sultan di Riyadh apabila doktor-doktor mengumumkan kematiannya.

Seorang pegawai Mesir memberitahu agensi berita AFP bahawa Sheikh Dr. Mohamed meninggal dunia kerana serangan jantung.

Menurut seorang anak lelakinya, Amr tantawi, berita kematiannya itu merupakan satu kejutan.

"Pihak keluarga memutuskan bahawa selepas tuhan memilihnya untuk meninggal dunia di tanah Arab Saudi, beliau akan dikebumikan di kawasan perkuburan Al-Baqie di bandar suci kedua, Madinah," katanya.

Sheilh Dr. Mohamed dilantik menjadi ketua Universiti Al-Azhar oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak pada 1996.

Universiti Al-Azhar ditubuhkan pada abad ke-10 Masihi.

"Dunia Islam dan Arab telah kehilangan seorang ahli cendiakawan yang telah mendedikasikan kerja-kerjanya dan kepada setiap perkara yang mempunyai kebaikan untuk Islam, " kata Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan.

Ulama yang bercakap dengan nada lembut itu dan mempunyai janggut yang dinipiskan kerap dilihat memakai serban tradisi Universiti Al-Azhar yang berwarna putih.

Beliau merupakan tokoh yang kontroversi di Mesir.

Fatwa yang dikeluarkan melibatkan pelbagai topik seperti niqab, pengguguran bayi, serangan berani mati, wanita sebagai ketua solat dan berkhatan di kalangan wanita.

Namun, fatwa yang dikeluarkannya itu kerap mencetuskan perdebatan dalam dunia Islam.

Kebanyakan pihak menganggap beliau sebagai seorang kakitangan pemerintah yang berpindah ke Universiti Al-Azhar dengan tugas untuk menyebarluaskan budaya dan agama Islam di seluruh dunia sejajar dengan dasar pemerintah mesir.

"Beliau merupakan ketua Al-Azhar yang paling lemah kerana Sheikh Dr. Mohamed menganggap dirinya sebagai seorang kakitangan kerajaan," kata seorang penganalisis politik dan Islam, Kamal Habib.

Pada Oktober tahun lalu, satu perdebatan hangat berlaku selepas beliau melarang niqab iaitu pakaian yang menutup seluruh wajah perempuan di semua sekolah dan kediaman yang bersekutu dengan Universiti Al-Azhar kecuali di kelas yang mempunyai guru lelaki.

Banyak fatwa yang dikeluarkannya turut menjadi kontroversi.

Pada 2003, beliau menyatakan serangan berani mati ialah musuh kepada Islam.

Sheikh Dr. Mohamed turut menyatakan pelampau merupakan musuh kepada Islam.

Selepas serangan 11 September 2003, Sheikh Dr. Mohamed berkata: "tidak ada keberanian dalam apa jua cara untuk membunuh seorang individu yang tidak bersalah atau membunuh ribuan orang termasuk lelaki dan wanita serta kanak-kanak."

Beliau turut menolak desakan ketua rangkaian Al-Qaeda, Osama bin laden berhubung satu perang jihad menentang Barat.

Baru-baru ini, satu majlis yang diketuai oleh ulama-ulama Islam yang diarahkan oleh beliau pada Januari lalu menyokong pembinaan halangan bawah tanah di sempadan Gaza, Palestin bagi menghalang penyeludup membawa barangan.

Pembinaan sekatan bawah tanah itu mencetuskan kutukan daripada pemimpin-pemimpin Hamas yang menguasai Gaza.

Sekatan bawah tanah itu ialah bagi menghalang barang-barang seperti makanan dan minyak termasuk senjata diseludup masuk ke Gaza.

Pada 2008, beliau mencetuskan kontroversi kerana berjabat tangan dengan Presiden Israel, Shimon Peres pada satu persidangan agama.

Sheikh itu yang mempunyai tiga anak dilahirkan pada 1928 di kampung Salim di wilayah Sohag kira-kira 290 kilometer ke selatan bandar raya Kaherah.

Pada 1966, beliau lulus dari Fakulti Teologi, Unievrsiti Al-Azhar. - AFP

Tuesday, March 9, 2010

ISLAM LIBERAL...



Di dalam dunia yang penuh tipu muslihat ini, kesemua pihak adalah di bawah cengkaman dan pemerhatian Iblis Laknatullah dan kuncu-kuncunya dari kalangan syaitan jin dan syaitan manusia. Dendam Iblis terhadap anak cucu Adam tidak pernah terpadam selagi nafsu amarahnya masih berkobar-kobar mengenangkan dia dihalau dan dipecat dari jawatan Ketua Para Malaikat gara-gara Adam.

Setiap manusia tidak kira dia Kristian, Yahudi, Buddha, Hindu ataupun Islam mahupun Ateis, mereka adalah sasaran-sasaran untuk dikelirukan untuk meramaikan lagi jumlah penghuni neraka. Musuh yang paling dikehendaki dan tinggi nilainya untuk dikelirukan sudah tentu para pengikut agama Tuhan, Islam.

Tetapi bagaimanakah Iblis dan proksi-proksinya di Bumi mahu mengelirukan umat ini yang diberikan Allah s.w.t AlQuran yang mulia dan menurunkan pula manusia luarbiasa dan teragung, Muhammad s.a.w kepada mereka? Terlampau banyak pula kelebihan dan senjata serta pendinding yang dimiliki mereka sama ada mereka sedar atau tidak sedar yang amat menakutkan para syaitan dan jin hamba Iblis. Bagaimana Iblis mahu mengelirukan umat ini?

Mari kita buat ujian setakat mana pemahaman dan pembacaan anda disini?

Ini adalah jigsclue #06 di bawah codename "Islam Liberal"

Sila fahami baik-baik.

"ISLAM LIBERAL"

Apakah itu Islam Liberal? Siapakah Islam Liberal?

Islam Liberal adalah satu fahaman sesat yang berpunca dari sifat tidak yakin diri, merasa rendah diri (inferiority complex) dan mengagung-agungkan gaya pemikiran Barat oleh segolongan orang Islam.

Menurut Kamus Dewan (DBP. Kuala Lumpur 1994), perkataan Liberal didefinisikan sebagai:-
“1. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak keistimewaan kaum bangsawan), (fahaman) bebas.
2. bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).”

Merujuk kepada definisi di atas, Islam sememangnya sebuah agama yang liberal. Ia membebaskan manusia daripada belenggu penyembahan sesama makhluk, bahkan juga membebaskan manusia daripada penindasan, kezaliman dan penghinaan sesama manusia. Islam juga memiliki dasar yang terbuka terhadap peradaban manusia selagi mana ia tidak melibatkan syirik yang menyekutukan Allah, perbuatan yang menyalahi syari‘at-Nya dan kepercayaan kurafat yang merendahkan kedudukan manusia sehingga ke taraf kebinatangan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Islam Liberal? Maksudnya penambahan kata 'Liberal' pada Islam yang sudah sememangnya liberal adalah sesuatu yang diada-adakan, bersifat tidak tulen dan meniru-niru pengaruh luar serta menunjukkan unsur² tidak memahami seluruh konsep dalam Islam itu sendiri.

Apakah yang dimahukan oleh fahaman ini?
Jawapannya dapat kita lihat sendiri pada penambahan perkataan “Liberal” kepada Islam yang sememangnya sudah liberal. Ertinya fahaman ini menkehendaki ciri keterbukaan dan kebebasan yang lebih daripada apa yang sedia ada dalam syari‘at Islam yang asli lagi tulen.


Sejarah dan Asal-usul Islam Liberal

Golongan ini muncul hasil dari jangkamasa penjajahan yang lama daripada pihak Barat ke atas umat Islam. Penjajahan yang lama ini telah mempengaruhi psikologi umat Islam amnya. Terdapat dua fenomena psikologi yang mempengaruhi umat Islam ketika jangkamasa kemunduran dan penjajahan.

Pertama adalah fenomena ‘penjajahan’ oleh negara-negara Barat ke atas hampir seluruh negara umat Islam. Kedua adalah fenomena ‘ketinggalan’ dari sudut sains dan teknologi di belakang kebanyakan negara-negara Barat. Apabila berhadapan dengan dua fenomena di atas, sikap umat Islam boleh dibahagikan kepada empat:

Pertama adalah mereka yang merasa putus asa secara keseluruhan dan duduk diam menerimanya sebagai satu ketentuan yang sememangnya merendah dan memundurkan mereka.

Kedua adalah mereka berpendapat agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Justeru untuk menjadi umat yang berkuasa dan maju, Islam perlu dipisahkan daripada kehidupan harian. Formula pemisahan ini yang digelar sekularisme terbukti berkesan mengingatkan bahawa semua negara Barat yang berkuasa lagi maju mempraktikkannya.

Ketiga adalah mereka yang juga berpendapat bahawa agama adalah faktor penghalang bagi mencapai kekuatan dan kemajuan. Namun untuk menyelesaikan faktor penghalang ini, mereka berpendapat caranya ialah membuka dan membebaskan agama daripada ajaran dan tafsirannya yang sekian lama telah menjadi pegangan umat. Kelemahan dan kemunduran umat Islam dianggap berpunca daripada belenggu kejumudan umat dalam menafsir dan mempraktikkan agama Islam. Kumpulan ketiga inilah yang digelar sebagai aliran Islam Liberal.

Kelompok terakhir adalah mereka yang mengakui akan hakikat kelemahan dan kemunduran yang dialami umat. Namun hakikat ini tidak mereka persalahkan kepada agama atau selainnya kecuali terhadap diri mereka sendiri dan umat Islam seluruhnya yang telah leka daripada berpegang dan mempraktikkan ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu untuk kembali kuat dan maju, umat Islam perlu mempelajari, memahami dan mempraktikkan semula secara sepenuhnya ajaran Islam yang asli lagi tulen. Formula ‘Islam Sekular’ atau ‘Islam Liberal’ tidak menjadi pilihan kelompok keempat ini kerana ia bukan cara untuk mencapai kekuatan dan kejayaan yang sebenarnya. Kekuatan dan kejayaan yang sebenar hendaklah diukur dengan necara wahyu Illahi yakni Islam yang berteraskan al-Qur’an dan al-Sunnah, bukan neraca peradaban Barat yang berteraskan materialisme dan hawa nafsu. Golongan keempat inilah yang benar. Insya-Allah dengan kesungguhan mereka, kekuatan dan kejayaan akan kembali ke tangan umat Islam.

Yang paling menjauhi kebenaran adalah kelompok ketiga, iaitu kelompok Islam Liberal. Secara lebih terperinci, kelompok Islam Liberal adalah aliran yang muncul kerana kesan psikologi kekerdilan diri (inferiority complex) yang dihadapi oleh sebahagian umat Islam hasil penjajahan dan kemunduran yang dihadapi oleh mereka. Kesan kekerdilan ini diburukkan lagi dengan sikap tergiur lagi menyembah kepada negara-negara Barat yang menjajah lagi maju sehingga menyebabkan mereka sendiri terasa hina, bodoh, diperbudak dan hilang kejatian serta kebanggaan diri. Semua ini menghasilkan satu rumusan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kemajuan, caranya adalah meniru segala formula peradaban yang dipraktikkan oleh negara Barat. Rumusan ini tidak akan berjaya selagi mana tidak dibuka dan dibebaskan tafsiran Islam daripada kejumudan pegangan umat selama ini.

Kenapa golongan ini paling berbahaya? Berbanding kelompok kedua, golongan ini bagaikan parasit yang memusnahkan Islam dari dalam. Kelompok kedua iaitu golongan sekular tidak menyentuh ajaran agama sebaliknya cuba memisahkan pengaruh agama ke dalam politik ataupun urusan kehidupan dunia mereka. Apabila mereka memerlukan kehidupan ritual, spiritual mahupun pandangan agama barulah mereka merujuk kembali kepada agama itu tanpa mengganggu hukum-hakam apatah lagi mengubah syariat agama. Tetapi jika terdapat hukum agama yang mengganggu kehidupan sekular mereka, mereka akan tolak. Jadi golongan sekular akan mengambil mana-mana hukum agama yang sesuai dengan selera mereka dan membuang mana-mana yang tidak sesuai pada pandangan mereka.

Namun golongan Islam Liberal yang rata-ratanya terdiri dari lulusan agama, pengamal undang² dan cendekiawan ini cuba mengubah konsep di dalam ajaran Islam itu sendiri. Mereka bagaikan 'mengedit' syariat Islam di sana-sini sesuka hati berdasarkan hujah² mereka yang terhasil dari gabungan fahaman sekular dan Darwinisme yang berdasarkan logik akal semata. Golongan ini akan berusaha menghapuskan unsur-unsur bersifat ritual (tawaf, solat, mencium batu Hajar Aswad) dan mistik (ghaib-seperti syurga dan neraka, azab kubur dll) dalam Islam malah mengatakan itu semua karut dan tahyul serta menjadi penyebab fikiran menjadi jumud dan mundur, padahal pada masa yang sama mereka menghormati unsur² ritual agama lain seperti Hindu dan Buddha. Mereka lama kelamaan seolah-olah bersikap Ateis apabila hanya mengambil bahagian² yang pada mereka sesuai dengan pandangan sekular Barat dan kehidupan moden hari ini. Unsur² mistik seperti Tuhan, syurga dan neraka, azab kubur, padang mahsyar, kiamat dan lain² akhirnya dikatakan sekadar simbolik sahaja.

Di antara ciri-ciri golongan Islam Liberal:

Cuba Mengubah Syariat

Golongan ini sesuka hati cuba mengubah syariat mengikut selera mereka. Selalunya mereka mempunyai autoriti dalam melakukan kerja kotor ini disebabkan kebanyakan mereka terdiri dari cerdik pandai Islam dan pengamal undang². Cerdik pandai Islam ini nampaknya telah tersesat dari apa yang mereka pelajari ataupun disesatkan oleh pihak² tertentu. Mereka terasa hebat dan ego mereka semakin menjadi-jadi sehingga hukum² agama pun mereka cuba mencabarnya. Para pengamal undang² pula (Islam Liberal) sebenarnya golongan yang teramat jumud dan sempit pemikiran mereka apabila menganggap syariat Islam boleh diubah dan dipinda sebagaimana undang-undang manusia. Mereka memandang agama mengikut tempurung akta, peraturan dan pindaan. Mereka tidak dapat membezakan yang mana satu hukum Tuhan, yang mana satu hukum manusia. Mereka tidak cuba memahami hikmah di setiap suruhan Tuhan tetapi cuba mencabarnya seolah-olah Tuhan itu manusia biasa yang terhad pengetahuannya.

Menolak dan Mengambil Ajaran Islam Sesuka Hati

Ini adalah ciri² yang terdapat dalam golongan Sekular. Golongan Islam Liberal juga gemar menolak dan menerima ajaran² Islam mengikut selera mereka. Pada mereka agama seperti pilihan makanan di bufet². Jika mereka setuju mereka akan mengekalkan ajaran Islam tersebut. Jika tidak menepati selera mereka, mereka akan menolak. Namun begitu keceluparan mereka naik satu tahap lagi berbanding golongan Sekular. Mereka tidak menolak begitu sahaja kerana seterusnya mereka cuba meminda dan mengubah ajaran itu sehingga menjadi ajaran baru yang di'rebranded'kan konsepnya dari ajaran asal. Sama ada mereka ini menolak AlQuran tetapi mengambil Hadis, ataupun menolak Hadis tetapi mengambil AlQuran. Ada juga yang menolak separuh isi AlQuran dan Hadis dan mengambil separuh yang selebihnya. Dalam hal ini pangkat mereka sama taraf dengan golongan Islam Sekular.

Menganggap Ritual Dalam Islam Adalah Tahyul

Mereka bersikap angkuh mengatakan ritual dalam Islam adalah karut dan tahyul, padahal perkara ritual merupakan fitrah manusia. Manusia memerlukan unsur² ritual dan spiritual dalam kehidupan mereka. Ini adalah kerana manusia bukanlah makhluk jasmani sahaja seperti haiwan tetapi manusia diciptakan sebaik-baik makhluk, gabungan jasmani dan rohani. Ini menjelaskan mengapa manusia mengada-ngadakan ritual yang beraneka ragam dalam usaha menyembah Tuhan mereka. Manusia bukanlah robot ataupun mesin². Mereka yang mengaku Ateis sekalipun akan spontan mengucap 'Ya Tuhan' apabila berada dalam keadaan yang teramat genting atau menghampiri maut sama ada di dalam hati mahupun kata². Apa perkataan terakhir Lenin manusia Atheis teragung dalam sejarah? Wasiat terakhirnya ketika nazak adalah

"Tuhan, aku sakit"...

Golongan Islam Liberal ini bersikap talam dua muka (berpura-pura) dalam berhadapan soal ini. Apabila diajukan amalan ritual yang beraneka ragam dan pelik² dari agama penyembah berhala seperti Hindu dan Buddha contohnya, mereka cepat² bersikap optimis dan terbuka dengan berpendapat itu adalah normal dan kepercayaan masing². Apatah lagi jika berhadapan dengan golongan New Age yang mengamalkan penyembahan Iblis dan Syaitan dalam definisi moden dan komersil, golongan Islam Liberal yang bodoh sombong ini tiba² bersikap 'humble' merendah diri tak bertempat. Padahal agama merekalah yang benar dan diiktiraf Tuhan Pencipta Alam. Diri mereka penuh dengan perasaan 'inferior' yang tak berkesudahan terhadap agama mereka sendiri.

Ada pula berpendapat ritual Islam tidak ubah seperti agama² lain mahupun pada amalan kaum² pribumi seperti Red Indian ataupun orang asli yang duduk di hutan² tebal dan gua². Perbuatan mereka seperti mahu menghina amalan ritual dalam Islam dan menyamakannya dengan amalan agama lain. Sama ada mereka ini malas untuk melakukan suruhan agama ataupun membesar dalam keadaan tidak diajar amalan ritual dalam Islam. Kita boleh lihat pola pemikiran jumud mereka ini sama seperti pola pemikiran golongan ajaran sesat. Apabila Islam tiada atau menghapuskan ritual karut-marut, manusia yang lemah dan bodoh ini mencari-cari atau mereka-reka ritual yang pelik² untuk memenuhi nafsu mereka. Apabila Islam sendiri lengkap dengan ritual sebagai tanda penyembahan kepada Allah Maha Pencipta, manusia yang bodoh sombong ini pula mengejek-ngejek amalan ritual tadi sambil berfikir merekalah lebih maju dan moden dari Tuhan yang menciptakan mereka sendiri. Manusia sebenarnya MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI.

Tidak Ada Perasaan Kasihkan Agama

Mereka sebenarnya tiada perasaan kasihkan agama mereka sendiri. Jika ada sudah semestinya mereka mengkaji dan mengkaji agama mereka sendiri dan cuba mempertahankan agama Islam yang mulia ini. Mereka juga tidak bangga beragamakan Islam. Mungkin mereka menyesal dilahirkan Islam. Alangkah baiknya mereka dilahirkan di Amerika beragamakan Kristian Sekular yang bebas dan melakukan segala-galanya bebas seperti seks bebas dan parti bogel beramai-ramai di tepi² jalan. Mereka juga berangan-rangan mahu maju dan canggih seperti Barat. Islam bagi mereka adalah takdir yang paling malang bagi mereka. Islam bagaikan kutu² yang menghisap darah mereka ataupun tahi ayam yang melekat di kedua lubang hidung mereka. JIKA BOLEH MEREKA MAHU MURTAD DENGAN SEGERA bagi sama² menghirup udara kemajuan dan pemodenan tajaan Barat dan sistem Dajal Laknatullah.

Berfikir Berdasarkan Logik Semata

Mereka adalah warisan kepada golongan Darwinisme dan Materialisme. Mereka suka memandang agama berdasarkan logik akal mereka yang terhad. Bagi mereka agama haruslah dilihat seperti satu ilmu sains yang terdiri dari rumus² atau formula² tertentu. Mereka mencari-cari hukum sebab dan akibat dalam Islam. Apa² yang mereka tidak faham dalam Islam seperti persoalan ghaib (seksa kubur, kiamat, Isra' Mi'raj) bagi mereka hanyalah simbolik ataupun sengaja diada-adakan oleh ulama². Segala-galanya simbolik sahaja sehingga hukum-hakam pun simbolik sahaja. Hukum Hudud paling dibenci mereka dan sudah pasti, adalah paling simbolik dalam Islam dan tidak perlu dilaksanakan. Sehingga solat lima waktu pun simbolik apatah lagi soal bertudung yang wajib bagi wanita Islam. Maka keluarlah pelbagai hujah dan dalil dari ulama² senget Islam Liberal mereka mahupun dari sumber-sumber Islam yang mereka selewengkan maknanya. 'The Hidden Hand', pihak Orientalis Kristian dan para Missionari serta Yahudi pasti gembira bertepuk tangan menari-nari melihat kedunguan golongan Islam Liberal ini menghina agama sendiri. Padahal pada masa yang sama para elit mereka SECARA SENYAP² MEMBUAT KAJIAN TENTANG AGAMA ISLAM DAN SISTEM-SISTEMNYA SERTA MENGAMALKAN KESEMUA KEBAIKAN DAN HIKMAH DI DALAMNYA. Contohnya yang paling mudah adalah sistem ekonomi. Riba digalakkan kepada orang luar, tetapi bagi sesama mereka, riba adalah DIHARAMKAN. INGAT! MANUSIA MENJADI MUSUH KEPADA APA YANG MEREKA TIDAK KETAHUI. Lama-kelamaan mereka akan termalu sendiri apabila banyak persoalan yang disangka mereka ketinggalan zaman dan kolot contohnya AlQuran pada hari ini dibuktikan secara saintifik hari demi hari. Semakin ramai cendekiawan Barat memeluk Islam yang mulia tetapi pada masa yang sama golongan Islam Liberal ini makin jauh dari hidayah Tuhan.

Bencikan Ulama dan Penegak Agama

Golongan Islam Liberal teramat bencikan ulama², para mufti, ustaz², para hafiz dan para pendukung Islam suci ini. Bagi mereka mereka adalah golongan jumud yang ketinggalan zaman. Kenapa mereka bencikan para pendukung agama ini? Ini kerana mereka sajalah yang dapat mengesan pembohongan para Islam Liberal ini kepada orang² kampung yang tidak nampak permainan kotor golongan Islam Liberal ini. Golongan Ulama lah yang berani bangkit mematahkan hujah² bodoh mereka. Apabila ulama menegur keterlanjuran mereka, mereka menuduh golongan ulama sebagai pengacau dan penghalang kemajuan padahal tiada kaitan pun teguran ulama tadi kepada kemunduran umat manusia. Mereka setiap hari penuh dengan kebencian kepada para ulama dan mufti sehingga menyamakan mereka sebagai paderi² zaman pertengahan di Era Kegelapan Eropah, padahal paderi² tersebut telah menyeleweng dari ajaran nabi Isa dan menuruti fikiran sempit mereka yang seterusnya menghalang kemajuan. Tetapi adakah dengan mengharamkan poligami, menolak kewajipan bertudung, menolak Hudud, menafsirkan semula AlQuran dan Hadis membuatkan mereka lebih maju dan brpendidikan? TIDAK SAMA SEKALI. Malah golongan elit 'The Hidden Hand' berserta Kristian dan Yahudi ketawa terkekeh-kekeh melihatkan sikap 'inferiority complex' yang di tahap pelik dalam dos yang berlebihan dipamerkan oleh Islam Liberal ini. Ini samalah seperti golongan kafir tadi terjun ke dalam lubang najis, maka golongan Islam Liberal tadi ikut serta terjun ke dalam lubang najis yang hitam berkeladak lagi busuk. Tetapi apabila si kafir naik semula dari lubang najis tadi dan membersihkan diri, si Islam Liberal ini pula masih bermain-main dengan tahi yang busuk sambil tersengih-sengih sendiri. Ini membuatkan si kafir tadi merasa pelik pula dengan perlakuan si Islam Liberal tadi. Lama-kelamaan si kafir tadi ketawa terbahak-bahak melihat kelakuan si Islam Liberal yang terpinga-pinga berlumuran najis busuk.

Membesarkan Dalam Suasana Tidak Islamik

Golongan ini dilahirkan atau membesar dalam suasana yang kurang atau tidak Islamik. Kemungkinan ibu-bapa mereka teramat sibuk sehingga mengabaikan pendidikan agama ke atas anak² mereka.Ada juga di antara mereka berpendidikan agama tetapi malangnya terlampau lurus bendul sehingga mengalami 'culture shock' (kejutan budaya) apabila berhadapan dengan dunia luar yang mengelirukan. Kadang² rakan² atau orang di sekeliling mereka berfahaman non-Islamik ataupun kebanyakan rakan mereka adalah dari golongan non-Islam. Apabila mengalami kejutan budaya, mereka secara aneh mengalami proses 'inferiority complex' yang teruk bagaikan mendapat jangkitan kuman. Mereka semakin tidak percaya kepada agama sendiri. Tetapi masih ada sedikit keyakinan mereka, selalunya terhadap Allah s.w.t tetapi bagaimana dengan perintah-Nya, larangan-nya atau sistem-Nya? Mereka pun segera bergegas bertungkus-lumus mencari-cari hujah dan dalil berdasarkan ilmu agama yang mereka pelajari di universiti untuk menidakkan perintah, larangan ataupun sistem Allah s.w.t tadi. Alasan mereka, Tuhan tidak pernah berkata begitu, hanya ULAMALAH YANG MENGADA-NGADAKANNYA. Inilah alasan klise yang sering diberikan mereka. Segala-galanya salah ulama. Mereka yang dihantar belajar oleh bangsa dan umat Islam sebagai harapan untuk menjadi ulama pendukung agama Allah sebaliknya menjadi parasit yang melemahkan umat Islam dan menghina Ulama pula. Sebahagian dari mereka berpendidikan Barat ataupun belajar falsafah Islam dari Orientalis Barat yang bagi mereka lebih mulia dan suci dari Ulama yang pada mereka adalah ustaz kampung yang hanya layak mengajar alif ba ta kepada budak-budak hingusan di pondok-pondok buruk di hujung kampung.

Tidak Ada Sensitiviti Kepada Agama

Golongan Islam Liberal tidak mempunyai sensitiviti terhadap agama mereka sendiri. Roh Islam itu tidak ada pada mereka. Mereka sebenarnya hanya bertopengkan Islam atau Islam pada namanya sahaja. Tetapi anehnya apabila digelar tidak Islamik, mereka teramat marah pula dan cuba menunjukkan 'keIslaman' mereka. Mereka mahu digelar sebagai orang Islam tetapi menghuru-harakan pemikiran umat Islam. Jika orang-orang kafir menghina Islam, mereka akan senyap tidak berkutik sedikit pun apatah lagi mahu bangkit bersama para ulama mempertahankan maruah Islam. Tetapi apabila terdapat orang kafir yang tidak bersetuju dengan hukum-hakam ataupun ajaran Islam, mereka tanpa segan silu bersama-sama berdemonstrasi, berseminar ataupun menulis artikel² di media² cetak bagi berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan golongan modenis kafir yang amat dihormati mereka. Tiada perjuangan Islam tulen dalam kamus hidup mereka. Yang ada hanya sekular, materialisme, modenisasi, pembaharuan, liberal, demokrasi, kebebasan dan hak asasi individu yang menjadi 'hukum agama' paling tertinggi bagi ajaran sesat mereka itu. Sama ada Islam dihina, dicerca ataupun diinjak-injak oleh golongan Kafir, mereka dengan sinis hanya memandang sambil mengatakan ini adalah salah orang Islam kerana terlalu mengikut AlQuran dan Hadis. Malah mereka bersama-sama pula berganding bahu bersama-sama para Modenis kafir memaki hamun Islam.

Persamaaan

Ini adalah topeng yang selalu dipakai oleh Islam Liberal. Bagi mereka manusia sepatutnya diberikan hak² sama rata sebagai manusia. Kemudian persoalan ini meleret-leret sehingga kepada agama. Golongan Islam Liberal mempercayai agama di dunia semuanya sama. Mereka amat menghormati agama lain. Perasaan menghormati dan merendah diri melebih-lebih sehingga sanggup melacurkan agama sendiri demi mengikut selera penganut agama lain. Bersikap tegas dalam beragama menjadi pantang bagi mereka dan terasa dirinya kolot dan jumud jika mempertahankan maruah Islam, agamanya sendiri. Mereka lebih rela membiarkan agama mereka dihina dan dipermainkan penganut agama lain dari digelar 'fundamentalist', 'religious' dan sebagainya.

Kebebasan

'Kebebasan' adalah kata kunci bagi golongan Islam Liberal yang menerangkan sikap, ideologi dan halatuju perjuangan mereka. Bagi mereka ajaran Islam adalah terkongkong dan jumud. Terlampau banyak peraturan yang menyusahkan. Tidak boleh itu tidak boleh ini. Kalau boleh mereka mahu menulis semula AlQuran sebagaimana para paderi Kristian ataupun para rabbi Yahudi yang sesuka hati meminda Injil dan Taurat mengikut selera mereka. Sebab itu ada golongan yang mahu hadis nabi dinilai semula. Bagi mereka ajaran AlQuran dan Hadis tidak sesuai diamalkan di dalam dunia hari ini yang bebas berdemokrasi. Mereka mahu lepas bebas sebebasnya dari kongkongan Islam. Padahal mereka tidak menyedari setiap peraturan dalam Islam mempunyai hikmah dan kebaikannya. Adakah Tuhan membuat hukum-hakam sesuka hati-Nya? Adakah Tuhan menyusahkan manusia? TIDAK. Sebenarnya tanpa peraturan, manusia lama kelamaan akan hidup seperti haiwan. HAIWAN ADALAH HIDUPAN TANPA PERATURAN. Pernah dengar istilah HUKUM RIMBA?

Jadi golongan Islam Liberal akan berusaha membebaskan diri dari ajaran dan peraturan Islam yang ingin membentuk insan kamil, ke arah HUKUM RIMBA yang bebas seperti seks bebas dan berbogel beramai-ramai secara berjemaah mempamerkan kemaluan masing-masing di jalanan. Kebebasan apakah yang ingin dibawa oleh golongan Islam Liberal? Manusia akan dibebaskan dari peraturan dan ajaran Islam yang sebenarnya berfungsi sebagai pendinding atau benteng dari tipu muslihat Iblis yang berkoloborasi dengan Dajal Al-Muntazhor a.k.a 'The Hidden Hand'. Pada akhir cerita nanti, manusia yang dungu ini akan diperangkap pula ke dalam sistem Dajal Laknatullah tadi. Selepas dibebaskan dari sistem hidup Islam, manusia² dungu ini akan disogokkan dengan gaya hidup Barat yang happy go lucky, menyeronokkan, moden, bebas dan 'cool'. Akhirnya mereka akan menjadi penyembah tegar nilai² Barat. Mereka tidak lagi dapat menggunakan fikiran mereka dengan sendiri. Jika ada nilai Barat yang menjijikkan ataupun mengelirukan, mereka tetap mendiamkan diri sambil menikmati gaya hidup Barat yang lain walaupun telah nampak kebenaran Islam itu sendiri meskipun dari mulut orang² Barat yang insaf dan nampak apa yang terjadi. Jadi di mana kebebasan? Semuanya menjadi satu kaedah mindcontrol yang ganas dan kejam. Manusia tadi akhirnya tidak bebas dan terkongkong daalm ertikata yang sebenarnya. Tiada kebebasan sebenarnya dalam sistem Dajal-Kristian-Yahudi. Manusia akan dihalang dari menemui kebenaran Pencipta mereka sendiri. Mereka akan dikhayalkan secara berterusan sehingga mati dalam keadaan hina-dina walaupun dikuburkan di kawasan perkuburan mewah dalam keranda emas sekalipun. MATI DALAM KEADAAN KELIRU lebih menyedihkan dari mati dilenyek lori 16 tayar di jalanraya seterusnya tercampak ke dalam parit busuk.

Setelah mengetahui sebahagian ciri² yang terdapat di dalam golongan Islam Liberal, kita boleh mengagak siapakah dia Islam Liberal di sekeliling kita. Modus operandi tetap sama. Sebaik sahaja mereka beraksi, kita dapat mengetahui mereka adalah golongan Islam Liberal berdasarkan tindak-tanduk mereka dan kata² mereka. Jadi siapakah golongan Islam Liberal ini?

Di antara golongan Islam Liberal adalah:

Golongan AntiHadis

Ini adalah golongan yang berpura-pura menyokong AlQuran tetapi pada masa yang sama menolak Hadis malah beria-ria mahu hadis nabi dinilai semula ("Hadis:Satu Penilaian Semula"). Golongan ini amat bencikan hadis nabi kalau tak pun berpandangan skeptikal dengan hadis nabi. Golongan antihadis ini akhirnya akan meleret-leret menyerang peribadi Rasullullah s.a.w bagaikan mendapat sakit demam yang melarat. Sama ada mereka menyimpan hasad dengki dengan nabi ataupun terikut-ikut rentak dan gendang para orientalis sebagaimana mentor mereka Salman Rusydi Laknatullah. Akhirnya keluarlah golongan seterusnya, golongan bencikan nabi. Mereka tidak tahu setiap hikmah di dalam setiap hadis Nabi. Bagaimana mereka mahu menunaikan solat, kerana rukun solat dan cara mengerjakannya tidak disebut dalam AlQuran. Malah rukun Islam, Iman dan Ihsan tidak disebutkan secara terperinci dalam AlQuran tetapi dijelaskan dalam hadis Nabi. Terdapat di antara mereka yang sesat kerana beramal dengan Islam dari penafsiran yang diambil dari AlQuran semata seperti jumlah solat dikatakan tiga seperti diambil bulat² dalam AlQuran.

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang, dan awal malam." (11:114)

Maka sesuka hati mereka mengatakan solat ada tiga iaitu Subuh, Asar dan Maghrib. Padahal Rasullullah s.a.w bersabda mengarahkan umatnya melakukan solat lima waktu sehari. Sama ada mereka adalah pemalas mengerjakan solat ataupun malas membaca hadis Nabi. Golongan ini gemar mengelirukan diri sendiri dengan merendah-rendahkan hadis dan mendakwa AlQuran adalah hadis yang sebenar dan terbaik. Golongan ini mempertahankan diri dengan mengatakan jangan bertengkar pasal kaedah solat dan mereka bebas memberikan pandangan. Walhal kaedah solat sudah ditetapkan oleh Rasullullah s.a.w dan sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Tambahan pula hukum agama tidak boleh berdasarkan pandangan sendiri kerana ia adalah hukum Allah! Mereka juga mempertahankan diri dengan menidakkan Rasullullah dengan mengatakan Allah adalah Guru sebenar dan jangan bertaklid buta dengan tok guru (Rasullullah). Sampai ke tahap ini mereka setaraf dengan Salman Rushdi Laknatullah yang amat bencikan Nabi Muhammad s.a.w. Golongan ini sudah bersaudara dengan golongan ajaran sesat dan layak duduk semeja dengan Ayah Pin dari 'Kerajaan Langit'. Apa perlunya Allah s.w.t menurunkan Rasul-Nya jika sudah cukup AlQuran dapat difahami oleh segenap manusia? Bagaimana pula Allah s.w.t menjadi guru mereka? Melalui kata-kata di dalam hati? Jika manusia sudah cukup pandai memahami AlQuran, tak perlulah Allah s.w.t menurunkan Nabi Muhammad. Sebenarnya golongan Antihadis ini teringin untuk menafsirkan AlQuran menurut akal nafsu sendiri dengan bertopengkan tagline "kembalilah kepada AlQuran". Adakah kata² Nabi itu menyimpang dari AlQuran? Sungguh pelik pemikiran mereka. Mula² mereka menimbulkan keraguan dalam persoalan hadis dengan mengatakan ulama mereka-reka Hadis (malah mereka menuduh para Sahabat yang mencipta hadis). Selepas itu jika orang ramai percaya, mereka akan mencucukkan jarum kedua dengan mengatakan banyak terdapat hadis yang palsu (Tugas sebenar kita adalah untuk menyekat hadis-hadis palsu bukan mengatakan semua hadis palsu, takkanlah disebabkan seekor nyamuk kelambu pun dibakar). Selepas itu mereka akan mengatakan "Hadis tak boleh pakai". Selepas itu hadis² pun diharamkan, dari segi fizikal, mungkin ada acara pembakaran buku² hadis di tengah² padang. Kemudian tibalah masa yang dinanti-nantikan, mereka akan mula menafsirkan agama mengikut hawa nafsu sendiri. Mereka bukan kembali kepada AlQuran, itu cuma pembohongan semata, tetapi mereka akan menafsirkan AlQuran mengikut akal logik dan selera mereka sendiri (disebabkan panduan dari sabda nabi sudah tiada untuk menjelaskan firman Allah s.w.t). ALLAH MENURUNKAN NABI MUHAMMAD ADALAH UNTUK MENJELASKAN AJARAN ALQURAN. Mana yang lebih baik, berguru dengan kitab-kitab atau berguru dengan guru bertauliah yang mengajarkan pelajaran dari kitab itu? Sampai tahap ini akhirnya mereka akan berhukum dengan akal dan nafsu sendiri dan tidak mustahil selepas itu AlQuran pun akan dicampak ke dalam timbunan bara dan arang dari kitab² hadis tadi. Jadi modus operandi mereka sama seperti ajaran sesat dalam agama iaitu TIMBULKAN KERAGUAN DALAM AGAMA, KEMUDIAN BILA MASYARAKAT RAGU, RUANG KERAGUAN ITU AKAN DIISI DENGAN PANDANGAN MEREKA. Akhirnya golongan ini menjadi hamba nafsu sendiri dan mencorakkan agama mengikut akal sendiri.

Golongan Bencikan Nabi

Ini adalah golongan yang berasal dari golongan antihadis. Golongan yang bencikan nabi adalah automatik bencikan hadis iaitu sabdanya. Golongan ini pada awalnya menyatakan provokasi terhadap peribadi nabi seperti mempersoalkan jumlah isteri nabi, amalan seharian dan sebagainya. Mereka akan bertungkus-lumus memunggah buku² di perpustakaan mencari fakta sejarah yang mahu diselewengkan. Maka keluarlah kenyataan² pelik yang bertujuan merendah-rendahkan Nabi seperti Nabi Muhammad gila seks, Nabi hanyalah ketua kabilah, janggut Nabi umpama janggut kambing, Nabi sukakan peperangan dan 1001 penghinaan ke atas Nabi Muhammad yang DIAKUI Manusia Teragung yang Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang Profesor Amerika. Golongan ini akan berfikir siang dan malam, ketika makan, ketika bermain, ketika bekerja atau sebelum tidur apakah lagi hujah untuk merendah-rendahkan Kekasih Allah ini. Sama ada mereka menyimpan perasaan dengki kepada Nabi Muhammad ataupun terikut-ikut rentak Yahudi yang membenci Nabi² mereka malah membunuhnya. Mungkin, sekiranya Rasullullah s.a.w masih hidup di kalangan kita hari ini, merekalah yang gigih siang dan malam berfikir bagaimana mahu membunuh Rasullullah s.a.w. Kebencian mereka kepada Nabi Muhammad membuak-buak dan amat tidak tertahan lagi. Tidak tahu apa sebabnya walaupun nama-nama mereka melambangkan keIslaman mereka. Manusia yang disanjung mereka sudah tentulah Salman Rushdi Laknatullah dan yang sewaktu dengannya. Kalau boleh Salman Rushdilah yang sesuai dilantik menjadi Rasullullah mereka menggantikan Nabi Muhammad yang gila seks dan berjanggut seperti kambing. Begitu hina Nabi Muhammad di mata mereka padahal bagindalah Kekasih Allah yang dipuji-puji segenap penduduk DILANGIT DAN DIBUMI . Tanpa Baginda, tidaklah Allah Azza Wa Jalla menjadikan segenap makhluk dan semesta. Apabila sudah tua nanti di mana maut melambai-lambai dan segala kekuatan telah lenyap barulah tersedar bahawa aksi² mereka semasa muda memburuk-burukkan Rasullullah Kekasih Allah adalah perlakuan yang teramat bodoh dan dungu sekali melebihi tahap cipan di hutan².

Golongan Emansipasi Wanita (Pembebasan Wanita)

Ini satu lagi golongan yang kerap terkeliru (biasalah perempuan). Sama ada mereka terkeliru ataupun rela dikelirukan. Golongan ini selalunya cuba mencari-cari fakta² agama berkaitan hak² wanita untuk dikelirukan. Jika ada fakta yang membela wanita mereka diamkan tetapi jika ada fakta yang mengongkong wanita padahal ada hikmah di sebaliknya, mereka akan cepat² mengkajinya supaya dapat diseleweng secara halus. Isu agama yang paling popular untuk diKELIRUkan adalah poligami. Padahal poligami adalah penyelesaian kepada isu sosial manusia. Jika sudah terlampau ramai wanita dan sedikit lelaki di dalam populasi sesebuah tempat maka apakah penyelesaiannya? Golongan ini agaknya lebih rela berlesbian sesama sendiri dari dijadikan 'mangsa' poligami. Sebenarnya kaum wanita penganut Islam Liberal ini tidak faham masalah mereka sebenarnya. HUKUM AGAMA TIDAK BOLEH DIUBAH tetapi sikap manusia boleh diubah. Sesungguhnya segala hukum Islam berkenaan wanita adalah untuk memuliakannya, bukan untuk mengongkongnya. Menyelamatkannya bukan untuk memenjarakannya. Bukankah Islam menggariskan boleh berpoligami jika MAMPU dan hendaklah bersikap ADIL. Jika tidak mampu bersikap adil ataupun kurang mampu dari segi kewangan, jangan mimpilah nak berpoligami. Tetapi nampaknya mereka juga telah dikelirukan dan dicucuk-cucuk oleh orientalis Barat supaya menghentam hukum agama bukannya sikap sesetengah lelaki yang sengaja menggatal tanpa alasan yang kukuh. Seterusnya mereka meleret-leret seperti terkena jangkitan demam campak dengan menyalahkan Nabi Muhammad s.a.w sebagai model terbaik mengamalkan poligami yang berlebihan. Padahal mereka tidak mengkaji bilakah ayat yang menghukumkan poligami turun, tujuan Nabi dan siasah Nabi ketika itu dalam berpoligami. Mereka tidak cuba mempertahankan Nabi Muhammad s.a.w malah memburuk-burukkan Nabi Muhammad sebagai gila seks dan pantang melihat dahi licin. Begitu hina Nabi Muhammad s.a.w di mata wanita Islam Liberal ini padahal Nabi Muhammad lah manusia yang amat menghormati wanita. Tahukah kamu wanita Islam Liberal bahawa sebelum kedatangan Islam, wanita dilayan bagai haiwan dan hanyalah berstatus sebagai hamba seks sahaja.

Bayi perempuan dibunuh dan dianggap sial. Wanita berstatus kelas rendah setaraf hamba². Wanita sama ada dilayan baik atau dipijak-pijak adalah mengikut selera kaum lelaki yang mendominasi seluruh kehidupan wanita. Tetapi Nabilah yang berjuang siang dan malam membebaskan wanita dari pandangan negatif masyarakat. Nabi dilontar batu sehingga berdarah seluruh tubuhnya. Nabi terjatuh ke dalam lubang sehingga patah dua batang giginya. Nabi berdakwah, turun berperang dan berhijrah beratus batu dalam panas terik semata-mata untuk mengucapkan:

"...Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia..." (Khutbah Terakhir Rasullullah).

Siapa yang benar² ada iman di dadanya pasti sedih dan mengalir airmata mengingat betapa beratnya penghinaan terhadap Nabi Muahammad s.a.w dari sesetengah wanita yang tidak diketahui mengapa begitu bencikan Nabi yang berjuang membebaskan wanita dari perhambaan seks oleh kaum lelaki.


Mengapa? Mengapa ini terjadi? Jawablah wahai wanita Islam Liberal. Apa salah Nabi Muhammad sehingga kamu membencinya. Ayat² di atas di petik dari khutbahnya yang terakhir sebelum kewafatannya. Inilah kata² agung dari seorang yang teramat Mulia di sisi Allah. Betapa mulianya wanita di mata Rasullullah s.a.w sehingga soal wanita menjadi perkara penting sebelum baginda pergi meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Baginda tidak memperkatakan jumlah unta dan kambing, pembangunan kota Mekah dan Madinah, persiapan peperangan, soal logistik mahupun bekalan makanan untuk tahun itu tetapi WANITA, setaraf dengan persoalan solat lima waktu, zakat dan haji di dalam Khutbah Terakhir baginda. Sehingga baginda menggeliat-geliat kesakitan akibat sakarat maut, baginda masih lagi memikirkan umatnya melebihi diri sendiri apabila berbisik

"ummati...ummati...ummati..."

dari bibirnya yang kebiruan dan wajahnya yang telah ditutup oleh anaknya Fatimah yang mulia.

Golongan Modenisasi dan Demokrasi

Golongan ini biasanya berpendidikan dan bijak pandai. Pergerakan mereka sistematik dan tersusun. Percakapan mereka bernas dan banyak memukau pendengar. Perwatakan mereka menarik dan kemas. Mereka pandai mengkomersilkan diri mereka. Ada di antara mereka bergerak di bawah pergerakan Islam dan ini adalah seseuatu yang normal dan menjadi kemestian bagi golongan Islam Liberal mencucukkan jarum mereka. Mereka akhirnya akan terlibat dalam politik yang menjadi tujuan mereka.

Mereka berfikiran terbuka. Mereka amat menghormati agama² lain dan bersetuju dengan dialog antara agama (interfaith dialogue) yang sebenarnya menghentam Islam semata. Mereka gemar berkawan dengan rakan² dari luar negara yang menaburkan pujian dan harta benda ke tubuh mereka. Yahudi Zionis pun dianggap saudara sendiri bukan seperti para mufti yang asyik menghentam (menegur sebenarnya) keterlanjuran mereka menghuru-harakan umat Islam. Golongan ini terdiri daripada ahli politik, pemimpin² dan ahli korporat. Mereka amat menghormati hak² individu dan kebebasan bersuara. Bagi mereka sesetengah hukum Islam terutamanya Hukum Hudud melanggar hak asasi manusia. Tidak ada cita² untuk melaksanaka sepicing pun hukum Jinayah Islam dalam pemerintahan dan undang² negara. Sebut sahaja "Hudud" mata mereka seakan terbelalak dan tiba² tubuh terasa panas seperti mahu demam. Begitu bencinya mereka terhadap hukum Allah Maha Pencipta yang menciptakan mereka dari air mani yang hina, tetapi bila sudah terasa gagah mahu mencabar pula hukum Allah. Sebut "Hudud" tergambar tangan yang terpotong, padahal tidak semudah itu hukum Islam menjatuhkan hukuman ke tahap potong tangan. Ada saksinya, ada perbicaraannya, ada budi bicaranya. Jika tidak cukup saksi, pesalah akan dihukum cara lain seperti dipenjarakan atau denda. Belajarlah bab Jinayah (kenegaraan) iaitu bab pentadbiran negara dan undang² dalam Islam. Ini tidak belum apa² lagi sudah menghentam hukum Islam dan semua bab berkaitan peraturan dalam Islam diperlekehkan. Mungkin bab mandi wajib sahaja yang digemari oleh golongan Islam Liberal ini.

Mereka tidak berasa yakin dengan Islam walaupun mereka ada yang dilabel sebagai pemimpin Islam, modenis Islam, pejuang pembaharuan Islam dan sebagainya. Perasaan 'inferiority complex' terlampau menebal dalam diri mereka sehingga sanggup mencium tangan Yahudi, Illuminati-Dajal dan Kristian demi sesuap nasi, sekelumit sanjungan dan sedikit rasuah berbentuk pangkat dan jawatan.

Begitulah di antara jenis² golongan Islam Liberal yang menjadi parasit dalam umat Islam. Golongan ini amnya memiliki ketidakyakinan diri (lacking in self-confidence) terhadap agama sendiri dan cenderung menafsirkan agama berdasarkan akal. Mereka juga sering membandingkan agama sendiri dengan agama² lain berdasarkan PENGANUT ISLAM BUKAN KEBENARAN DAN KEINDAHAN ISLAM ITU SENDIRI. Sebab itu Yusof Islam (Cat Steven) pernah berkata:

"Aku bersyukur kerana mengenali Islam terlebih dahulu sebelum mengenali orang-orang Islam"

Mereka selagi mengaku Allah s.w.t adalah Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul-Nya perlulah bertaubat dan insaf. Mereka perlu disedarkan. Mereka sebenarnya telah menempuh jalan yang sesat lagi menyesatkan. Sama ada mereka sedar atau tidak, mereka telah menjadi sebahagian dari barisan hamba² Dajal Laknatullah untuk mengelirukan umat manusia khasnya umat Islam yang paling dibenci mereka dari satu-satunya agama yang diredhai Allah s.w.t. Islam.

Berhati-hati dengan golongan ini. PERHATIKAN KE MANA ARAH TINDAKAN MEREKA DAN SETIAP PERCAKAPAN MEREKA. Rujuk Jigsclue ini selalu.Insya Allah anda tidak akan terperangkap dalam permainan kotor mereka.


Kesedaran keduniaan adalah tangga ke dunia.
Kesedaran keagamaan adalah tangga ke syurga.
Allah memberkati anda dengan Kemanisan KasihNya.

Tuesday, March 2, 2010

JAGA HATI..


“DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI”
Syukur kehadrat Allah subhanahuwataala, kerna dengan berkat iman dan islam ini aku dapat lagi terus istiqomah di atas jalan dakwah, tangan yang digerak dengan izinnya ini membolehkan aku mencoret peringatan buat kita semua..selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, juga tidak dilupakan pada keluarga dan sehabat-sahabat baginda.



Pertamanya ana nk bgth yang ana ni xsuka untuk menulis luahan hati dalam blog ni sebgaimana org lain yang ghairah menceritakan setiap gerak kerja yang telah dilakukan. Bagi ana cukup Allah sebagai penilai atas perbuatan kabaikan, dan ianya juga dapat selamatkan hati dari terus ditipu oleh syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk memrangkap kita ke suatu jurang penuh nikmat di mata kita tetapi amat hina disisi Allah. Cukuplah sekadar untuk kita berkongsi ilmu dari apa yang kita perolehi dari program-program yang telah dilaksanakan sebagai ibrah bersama.


Teringat kata-kata sahabat, ketika dalam ruangan YM, “ana xminat lawat blog-blog yang menceritakan perihal diri sendiri., yang ana nk dari blog2 adalah perkongsian ilmu yg diperolehi” terfikir di benak fikiran ana yang kata-kata sahabat ana ini ada betulnya kerana jika kita sentiasa menceritakan perihal diri kita, pasti kita akan menulis apa yang telah kita laksanakan..tidakkah itu menjadi ruang untuk iblis laknatullah mepermainkan hati-hati kita. Ayuh sahabat-sahabat seperjuanganku, jaga hati dari ditipu oleh maklukh yang paling licik ini..sama-sama kita tutupi hati-hati kita dari ruang untuk dimasukki iblis dengan bermuhasabah...


Keikhlasan akan lahir bilamana segala kebaikan itu disorok, dan sebaliknya, ruang untuk hancurnya keikhlasan bertambah besar apabila kita menzahirkan setiap kebaikan yang telah kita laksankan. Walaubagaimanapun ianya tidak salah secara mutlak jika kita menzahirkan, tetapi ianya akan menjadikan persoalan, adakah kita mampu menjaga hati kita??? Persoalan ini mampu untuk dijawab oleh jiwa-jiwa yg ghairah menonjolkan setiap kebaikan yang telah dilakukan.



Ana berpesan pada diri ana dan antum semua agar kita sentiasa memperhalusi gerak kerja dakwah kita agar tidak tertipu dek kerana keghairahan kita untuk menyampaikan meseg2 berguna dalam masa yang sama kita terjerumus dalam pintu-pintu iblis..nauzubillah


Penyucian hati amat sukar dilaksanakan, tetapi mudah untuk mempelajarinya....renung2kanlah..moga ianya bermanfaat untuk kita semua...