Thursday, October 13, 2011

Persoalan Syirik

Ketika hak manusia diperlekehkan, seperti kes anak diperkosa ayah kandungnya sendiri, sudah dicabul kehormatannya dibunuh pula, hampir semua kita tidak menerimanya. “SADIS…..!!!” kata sebahagian orang. Tetapi giliran hak Allah diperlekehkan, dengan berbagai kemungkaran, tidak menunjukkan ibadah kepadaNYA saja (padahal dia mengaku Islam), kuburan disembah dan disiapkan berbagai upacara atau ritual, kotoran binatang dijadikan rebutan untuk mendapatkan barakah, menemui makhluk halus penjaga gunung untuk meminta informasi mengenai keadaan gunung tersebut, dan banyak lagi…. HATI SIAPA YANG TAK TERGURIS ? Lantas, kejahatan apalagi yang lebih besar daripada berbuat jahat kepada Allah ?.

Masalahnya terletak pada ketidakfahaman umat tentang asas agamanya iaitu Tauhid. Perkara yang dasar ini wajib dipelajari oleh semua insan, tanpa terkecuali. Kitab Allah diturunkan demi menjelaskan tauhid. Para Rasul diutus demi mendakwahkan tauhid. Segala sesuatu yang diciptakan demi merealisasikan tauhid. Sungguh perintah Allah yang terbesar adalah TAUHID, dan larangan yang terkeras adalah syirik. Maka pelajarilah tauhid dan lawannya.

Masalah yang lain kebanyakan kita sepakat harus bertauhid dan tidak berbuat syirik. Namun pada umumnya kita tidak mengetahui hakikat kesyirikan. Tidak diragukan lagi bahwa syirik adalah dosa nombor satu seluruh alam, dosa besar. Allah tidak mengampuni dosa yang satu ini, kecuali bertaubat. Tetapi tahukah kita, kesyirikan bermula dari sikap yang berlebihan kepada orang-orang yang Shalih? Mendatangi dukun atau bomoh. Bertanya hal-hal yang ghaib dengan membenarkannya ataupun tidak termasuk dalam perincian syirik? Bahkan lebih parah lagi, mendatangkan dukun-dukun ke rumah-rumah melalui media, filem atau majalah (media cetak) serta juga media Internet, baik secara sedar atau tidak sedar.

Jika kita mahu berfikir, adakah orang yang masuk syurga tanpa Tauhid? atau adakah orang yang masuk syurga dengan membawa dosa syirik. Mustahil!!
Tokoh-tokoh yang bersih tauhidnya saja masih takut terhadap bahaya syirik. Tentunya kita semua yang miskin Ilmu dan Iman harusnya tidak merasa aman dari bahaya syirik. Sangat memungkinkan bagi kita terjerumus ke dalam syirik akbar apalagi syirik ashghar.

Akhirnya betapapun kecilnya dosa, hal itu dikhuatirkan akan menjadi langkah awal dari sebuah jalan menuju kesyirikan. Oleh kerana itu segeralah bagi kita bertaubat, sungguh Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Jangan kira syirik itu tidak akan pernah kita lakukan kalau kita tidak mahu mempelajari dan memahaminya. Mampukah kita mencari jejak semut hitam di batu hitam dalam kegelapan malam ? Ada jenis syirik yang lebih samar dari perumpamaan itu. Bagaimana cara mengatasinya ? hanya satu jalan iaitu mempelajarinya.
Harapan kita, semoga penjelasan ini mampu memberikan kita apa yang kita perlukan terutama masalah Tauhid. Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment