Saturday, July 31, 2010

SUATU REALITI...


“Dengan menyebut nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha Pengasihani”

Alhamdulillah lafaz syukur dipanjatkan pada empunya dunia yang telah memberi peluang untuk terus bernafas, dan diberi kekuatan untuk terus berada diatas jalan dakwah. Selawat dan salam diunagkapkan kepada junjunagan besar Nabi Muhammad s.a.w. yang telah menyampaikan suara ketauhidan kepada umat sekalian alam...

Alhamdulillah, dah lama tak menulis, rasa kekok pulak .. tapi insyaAllah ana usahakan apa yang termampu untuk sampaikan apa yang ada dalam fikiran ni, supaya kita sama-sama dapat mengambil pengajaran..

Hari ini kita semua berada pada 15 akhir pada bulan syaaban dan insyaAllah tidak lm lagi kita akan sama-sama menyambut kehadiran ramadhan, bulan yang dijanjikan keberkatan yang berganda-ganda...

Pada hari ini, cuba kita perhatikan disekeliling, betapa ramai manusia yang tidak sedar yang mereka sdg berada dalam satu bulan yang penuh dengan keberkatan, kalau pelajar sibuk dengan tugasannya, kalau pekerja sibuk dengan kerjanya. Kita berada dalam kesibukan yang sentiasa, tidak ada masa untuk kita berfikir, merenung sejenak tentang diri kita...betapa ruginya kita, jika kesempatan yang diberikan disia-siakan dek kerana kelalaian yang berpunca dari diri sendiri..hampir kesemua tahu bahawa bulan syaaban merupakan bulan yang berkat, tetapi keberkatan itu tidak dipandang kerana habuan dunia yang berada di depan mata.

Kalau ditanya mengapa enta tidak solat? Jawapannya sibuk, mengapa enta tidak ke surau? Jawapannya byk kerja. Mengapa enta tidak mahu mendengar kuliah? Jawapanya muda lagi...berbagai-bagai jawapan yang keluar ...yang pastinya alasan atau jawapan itu tidak dipandang pun oleh Allah..mgkin ada ruang untuk mengelak dari hukuman didunia, tapi di akhirat pasti balasan merupakann jawapan yang paling terbaik untuk manusia begitu..

Ana teringat ketika menjalani Rancangan Orientasi sekolah(ROS), ana ditugaskan untuk ganti guru yang tidak hadir pada hari berkenaan..ana tiba dikelas tersebut, Alhamdulillah ana disambut dengan salam dan bacaan doa..setelah itu, ana perhatikan keadaan sekeliling, melihat wajah-wajah remaja yang sedang meningkat dewasa..lalu ana bertanya satu soalan kepada mereka..siapa pagi tadi solat subuh?? Semua diam..ana tya sekali lagi dengan pertanyaan yang sama.terkejut ana ,bila hampir semua diantara meraka mengaku tidak solat subuh..dalam hati ana, inikah yang akan menjadi pewaris Negara suatu hari kelak...mmg benar apa yang telah dikaji oleh Dr Fadhilah Kamsah, di Malaysia hanya 20% sahaja yang solat 5waktu..kita sekarang hadapai reality itu, reality dimana ramaja, bahkan golongan tua pun tidak mempedulikan hal-hal agama..

Di university, golongan yang berada disini merupakan golongan yang terpilih dan mempunyai daya intelek yang kuat..golongan terpelajar, mempunyai ilmu..tetapi sungguh malang apabila diperhalusi ramai diantara mahasiswa yang tidak menghayati agama dengan baik, ana katakan tidak menghayati...mgkin ramai yang ada elemen ugama, bahkan ada yang sudah mantap dari segi ilmu agama, tetapi mereka tidak menghayati..maka rosaklah binasalah diri...bukti yang paling nyata dan jelas dapat kita lihat, cuba perhatikan masjid-masjid atau surau-surau yang berada di kwasan university berapa ramai mahasiswa yang ada, cuba dinisbahkan dengan jumlah keseluruhan mahasiswa...jawapannya jelas...

Jika nak diperkatakan diaspek lain mmg cukup banyak, ledakan system teknologi maklumat menjadikan dunia kini berada dihujung jari kini kadang memberi banyak kemudahan pada kita semua tetapi ianya juga menjadi pembunuh kepada jiwa-jiwa yang bernyawa...

Oleh yang demikian, sama2 kita duduk sejenak, muhasabah diri..dan sama2 kita berubah kearah yang lebih baik...sempena bulan yang penuh keberkatan ini, letakkan azam baru, set kan dalam minda akan berubah..syaaban merupakan bulan ibadah, bulan melatih diri untuk berada dalam bulan ramadhan, yakni bulan penyucuian diri...

Ya allah daku bermohon padaMu, Tuhan yang menguasai langit dan bumi, Tuhan yang menghidup dan mematikan makhluk yang benyawa. Pada saat ini, pada ketika ini, aku tunduk patuh padaMu, betapa kerdilnya aku, betapa jahilnya aku, betapa byknya dosaku, betapa hinanya aku...Ya Allah, Engkau panjangkanlah umurku, sampaikanlah aku pada bulan ramadhan, kuatkanlah aku untuk beribadah padaMu, Ya Allah, hanya engkau tempat aku memohon pertolongan..

Amiinn


· Redhuwan *

1 comment: