Thursday, January 7, 2010

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

sumber: http://www.topix.com/forum/world/malaysia/TS8NFMF11AE4UI75 6


Siapakah yg harus dipersalahkan??

Monday, January 4, 2010

PENGGUNAAN NAMA “ALLAH”



“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang”

Firman Allah

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.”

(Al-Baqarah, ayat 120)

Semalam,keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitannya. Keadaan ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat, terutama mereka yang beragama islam.

Pada pendapat ana,cuba kita pikirkan kenapakah mereka habis-habisan bertempur di mahkamah untuk menggunakan perkataan ALLAH didalam penulisanya, pasti ada yang tersembunyi disebalik agenda mereka yang kononnya mengatakan bahawa ALLAH itu untuk semua agama. Jika kita lihat dari sudut yang lain, penggunaan perkataan Allah dalam agama kristian akan meyebabkan berlakunye kekeliruan dalam kalangan masyarakat islam terutamanya mereka yang kurang memahami hakikat sebenar Islam.

Perkataan Allah dihormati dan disanjung oleh semua lapisan masyaraakat yang berugama Islam, cuba bayangkan jika penggunaan nama Allah oleh agama Kristian dibenarkan?? dan Apa yang akan berlaku kepada golongan ynag kurang pengetahuannya terhadap islam???

Inilah agenda mereka, mengelirukan umat islam yang mereka sedari bahawa ramai umat islam pada hari ini kurang penghayatan dari segi agama, dengan mengekploitasi kalimah Allah mereka dapat menjerat umat islam.. seperti yang difirmankan Oleh Allah S.A.W di atas, golongan Yahudi dan Nasrani sentiasa mencari jalan untuk memesongkan Akidah umat islam, sehinggalah umat islam itu mengikuti telunjuk-telunjuk mereka.

Keputusan mahkamah yang pada ana tidak cukup teliti dan cernat dalam membuat keputusan itu akan menyebabkan kegelisahan ramai orang khususnya mereka yang beragama Islam. Keputusan yang dibuat akan menyebabkan semua gereja di Malaysia akan membuat tuntutan yang sama di mahkamah dan akhirnya kekeliruan akan bertambah dalm masyrakat islam dan itulah matlamat mereka.

Sejarah telah terukir berkenaan isu ini, cuba kita hayati peristiwa natrah,yang pada ketika itu menyebebkan tercetusnya ketegangan agama antara islam dengan kristian pada 12 Disember 1950 di Singapura. Jika kita tidak bertindak dengan bijak, kemungkinan peristiwa tersebut akan berulang kembali.

Pada pendapat ana, kita perlu melihat kembali peruntukan Islam dalam pelembagaan Malaysia. walaupun penggunaan perkataan Allah itu pada asalnya tidak salah digunakan pada orang bukan islam tetapi umat Islam harus waspada kerna ruang golongan yang membenci islam amat luas untuk mengeksploitasikan keadaan semasa.

Campurtangan majlis raja-raja juga perlu bagi meredakan keadaan yang tegang kini.melalui majlis raja-raja ana rasa perkara berkenaan akan dapat diselesaikan. Sama-sama kita memohon pada Allah S.A.W supaya menjaga kesucian Islam ini dari tangan-tangan jahat yang sentiasa mencari jalan untuk memusnahkan cahaya Allah di muka bumi ini

Firman Allah

Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahayaNYA walau orang-orang kafir membencinya."

(As-Shaff, ayat 8)

-iwan-

Friday, January 1, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU DENGAN CARA INI, BETUL ATAU TIDAK???


“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi kerna masih memberi nikmat iman dan islam, juga tidak dilupakan pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat baginda, selawat dan salam dipanjatkan.

Alhamdulillah pada malam kelmarin ana dan dan beberapa orang sahabat sempat ke Dataran Merdeka untuk tujuan yang agak berbeza dengan orang-orang kebanyakkan yang ke tempat berkenaan pada malam tersebut. Kami bertolak ke KL pada pukul 8.00 mlm di stesen tanjung malim, tibanya di KL ana terus ke Masjid Jamek, terkejeut jgk bila tengok ramai muslimin dan muslimat dari jemaah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berkumpul di hadapan masjid tersebut. Ana sempat berta’aruf dengan ikhwah-ihkwah dari U lain di seluruh Malaysia. Selepas itu kami mendegar arahan dari ketua supaya membuat 8kumpulan, untuk jalankan tugas sebagai seorang muslim, iaitu mendekati golongan yang belum menghayati agama dengan sempurna.

Kami bergerak dalam kumpulan menuju ke dataran merdeka, dalam perjalanan ana melihat sekeliling, betapa teruknye MALAYSIA TANAH AIRKU TERCINTA...bertepatanlah dengan Firman Allah S.W.T

Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Maka apakah kamu dapat menjadi pemelihara atasnya?, atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu).

(Al-Furqan, ayat 43&44)

Perjalanan ana diteruskan sehingga sampai ke di persekitaran Dataran Merdeka, ana merasakan hampir 70% adalah remaja,pelbagai gaya dan rentak yang digayakan..Alhamdulillah ana dapat lihat semangat muslimat dan muslimin dalam mendekati golongan tersebut, ada yang dapt menerima pendekatan yang diberikan tidak kurang jg yang menolaknya..terfikir sejenak semasa menjalankan tangungjawab ni, selalunya kita berdakwah di zon yang selesa membuatkan kita tidak merasa kepayahan dalam berdakwah, Bagaimana Rasulullah s.a.w menjalankan dakwah yang mana pada zaman Baginda lebih teruk akhlak masyarakatnya??? Dan Dakwah Rasulullah pada awalnya dijalankan berseorangan untuk mengatakan yang HAQ, dan menghapuskan KEBATILAN...amat sukar untuk digambarkan..ana berpendapat keadaan sebegini tidak akan dapat di hapuskan,hatta dengan menjalankan dakwah sebegini melainkan dengan kita mempunyai kuasa untuk menyekat smabutan sebegini..KUASA merupakan punca kepada berlaku atau tidak perkara sebegini, dengan kuasa manusia akan menjadi baik dan dengan kuasa juga manusia akan hancur..

Tepat pada pukul 11.15mlm, kami berkumpul semula dan terus memasuki padang, melihat pelbagai reaksi anak muda yang tidak menggambarkan ianya sebagai manusia yang waras, duduk berpasangan, befesyen yang bukan-bukan dan sebagainya...inikah yang hendak dicanangkan dalam gagasan 1malaysia???

Diharapkan semua pihak perlu mengambil berat mengenai perkara ini, kerana golongan mudalah yang akan mewarisi tahta Negara, jika dibiarkan golongan muda-mudi ini terus hanyut dan hannyut, ana dapat jamin Malaysia akan hancur dalam jangka masa yang tidak lama. Anak muda merupakan asset Negara yang berharga, jika rosak anak muda maka nagara juga akan musnah suatu masa nanti.pepatah ada mengatakan

“pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara”

Kami berkumpul di tengah padang dan taklimat diberikan, laungan takbir dilaungkan semasa detik 12malam ketika pentas konsert melaungkan selamat tinggal 2009...betapa sedihnye 2009 diakhiri dengan keadaan murka Allah masih tersisa yang belum terampun dan terus pula menyambut 2010 dengan permulaan yang dipenuhi maksiat pada Allah dan amat mendukacitakan bagi golongan yang berfikir, Nauzubillah...

Selepas pertunjukan bunga api selesai dalam pukul 12.20mlam, konsert masih diteruskan...timbul lg persoalan di benak fikiran, kenapa konsert yang bercampur gaul lelaki dan perempuan, dapat dijalankan sehingga melepasi jam 12mlm sedangkan jika program ceramah agama hanya dihadkan pada pkl 12mlm???? Apakah itu menggambarkan kita ini Negara Islam??? Apakah islam itu mempunayi batasan yang tidak boleh memasuki dalam semua bidang, sedangkan Firman Allah

“masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhanya”

(Al-Baqarah ayat 208)

Sepatutnya detik tahun baru disambut dengan smbutan yang dapat mengingati Allah S.A.W kerana masih memnjangkan umur untuk kita dapat lagi memohon taubat bagi kehidupan yang kekal abadi.

Ingatlah islam tidak pernah menyekat, tetapi Islam itu mengatur

Pengaturan dalam islam itu bkn untuk menyekat, tetapi untuk memelihara

Kerna Allah itu Khalid (pencipta) yang maha mengetahui apa yang tidak kita ketahui

Firman Allah

“Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal solah dan nasihat menasihati(berpesan-pesan) supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati (berpesan-pesan) supaya menetapi kesabaran.”

(Al-Ashr ayat 1-3)


Gambar-gambar yang sempat diambil












Wassalam

-iwan-


TUJUH PANDUAN UNTUK NAQIB



Adaptasi (ringkasan dan penyesuaian) daripada tulisan Ummu
Azmi, "Petua Menjadi Ketua Usrah Yang Berjaya" dalam majalah Ummi,
Julai 1990, 34-35.
 
 
Panduan 1: Kenali Ahli Usrah
Naqib perlu mengenali ahli usrahnya dengan mendalam. Selidiki latar
belakang mereka: diri, keluarga, pendidikan, pekerjaan, perkara yang
disukai, perkara yang dibenci dan sebagainya. Ikuti perkembangan
hidup mereka: kebajikan, kewangan dan seumpamanya. Maklumat-maklumat
itu boleh digunakan untuk mentadbir usrah secara lebih berkesan.
Berpandukan maklumat itu, naqib boleh bertindak dengan tepat--sesuai
dengan peribadi tertentu.
 
Panduan 2: Rancang Program Pengisian
Naqib mesti merancang program usrahnya sebelum usrah itu bermula.
Antaranya, agihkan masa yang sesuai untuk slot bacaan al-Quran dan
pentafsirannya, bacaan hadis, perbincangan tajuk khusus, pembersihan
hati, dan hal ehwal semasa. Tetapkan terlebih dahulu tajuk yang
hendak dibahaskan dan bahan-bahan rujukannya. Senaraikan juga perkara-
perkara untuk diumumkan kepada ahli usrah. Naqib juga perlu membaca
bahan rujukan yang berkaitan dengan tajuk perbincangan.
 
Panduan 3: Segarkan Usrah dengan Suasana Perbincangan
Naqib berperanan untuk menyegarkan suasana usrah dengan perbincangan
yang sihat dan terkawal. Pastikan perbincangan berfokus pada tajuk
yang telah dirancang. Semasa berbincang, ahli digalakkan mengemukakan
nas-nas yang sahih dan contoh-contoh dari sirah Rasulullah s.a.w.
Usahakan agar perbincangan itu dikaitkan dengan realiti semasa dapat
dihayati dalam kehidupan seharian.
 
Panduan 4: Beretindak sebagai Pemimpin Tempat Bernaung
Naqib perlu menjadi qudwah hasanah kepada ahli-ahlinya dalam segala
segi baik perbuatan, percakapan, perbelanjaan, cara bergaul dan
berpakaian. Jalinkan ukhuwah sesama mereka, dalam atau luar usrah.
Naqib juga perlu bertindak selaku kaunselor. Berbincanglah dengan
mereka secara persendirian atau berkumpulan. Tanda awal seseorang
naqib itu berjaya ialah apabila para ahli menjadikan dirinya sebagai
tempat merujuk.
 
Panduan 5: Berikan Kerja kepada Ahli
Naqib perlu memberikan tugasan yang sesuai dengan minat dan kemahiran
ahlinya. Ahli itu akan berasa dihargai apabila diamanahkan dengan
sesuatu tugas untuk kumpulannya. Ahli itu perlu diselia secara wajar
dan minimum oleh naqib. Dengan cara ini, ahli usrah akan belajar
berkomunikasi dengan lebih banyak orang dan sentiasa membina hubungan
dengan naqib.
 
Panduan 6: Pelbagaikan Kesan Sampingan
Naqib boleh juga mendidik ahli usrah dengan cara-cara lain. Antara
cara yang sesuai adalah seperti yang berikut:
 
6.1 Soalan. Kemukakan soalan kepada ahli-ahli usrah tentang tajuk-
tajuk yang telah dibincangkan, termasuk isu semasa.
 
6.2 Penyelesaian Masalah. Kemukakan masalah yang berkaitan dengan
kehidupan seseorang ahli untuk diselesaikan. Contohnya, jika ahli itu
pekerja yang sibuk, bincang dan selesaikan masalah agihan masa untuk
tugas dan dakwah. Kes spesifik atau cerita boleh juga dikemukakan.
 
6.3 Permainan. Adakan "permainan" yang dapat menguji kepintaran ahli-
ahli usrah. Permainan itu boleh menggunakan komputer, secara
bertulis, lisan, mengira dan sebagainya. Pendekatan ini dijangka
dapat mengekalkan minat ahli-ahli usrah.
 
6.4 Berkhemah dan Berkelah. Kegiatan perkhemahan di pinggir hutan
atau perkelahan di pantai sangat berkesan dalam membina ikatan
persaudaraan sesama ahli usrah. Kegiatan-kegiatan seperti ini memberi
peluang untuk mereka berinteraksi, melakukan kerja secara berpasukan
dan membina sikap suka tolong-menolong.
 
Panduan 7:  Sediakan Laporan Penilaian
Naqib perlu melakukan penilaian dari semasa ke semasa. Prestasi ahli-
ahli usrah dari segi kefahaman, kesungguhan, potensi, minat,
kelemahan, kekuatan perlu dinilai dan dilaporkan kepada mereka. Naqib
sendiri perlu meminta komen daripada ahli-ahli usrah tentang cara
pengendaliannya, tajuk perbincangan dan sumber rujukan. Berdasarkan
komen itu, langkah penambahbaikan boleh dirancang dan dilaksanakan.
 
Catatan
"Tugas mendidik adalah tugas mulia di sisi Allah walaupun rumit dan
memerlukan banyak pengorbanan dan persiapan. Ketua usrah hendaklah
sentiasa berusaha mempertingkatkan diri sendiri. Kita hendaklah
sentiasa menggantungkan setinggi-tinggi harapan kepada Allah agar
dibekalkan dengan kekuatan untuk terus bekerja dan berjihad untuk
Islam. Janji Allah memang benar. Sesiapa yang menolong Allah, nescaya
Allah akan menolongnya dan meninggikan kedudukannya." Ummu Azmi.