Maksud sabar dalam konteks amalan batin ialah menahan hawa nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora hati atau tekanan jiwa atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah, resah, gelisah, kecewa, putus asa dll akibat daripada pengalaman menghadapi kesusahan, ketidak selesaan atau keadaan yang tidak diingini.
kesabaran ini mestilah meliputi 4 tindakan:
1. Tabah dan tekun dalam mengerjakan taat kepada Allah
2. Menahan diri dari melakukan maksiat kepada Allah
3. Memelihara diri dari dipukau oleh godaan dunia, nafsu dan syaitan
4. tenang dan teguh bilamana berhadapan dengan ujian
Sabar merupakan suatu tuntutan dalam agama, kerana semua ibadah didirikan di atas sifat sabar dan ia merupakan asas dalam mencapai tahap ikhlas. dalam mengerjakan ibadat itu kita terpaksa menanggung kepayahan dan pengorbanan. Malah, dalam segala lapangan, kita perlu bersabar. Orang yang gagal untuk bersabar akan gagal untuk mencapai matlamat dan manfaat sebenar ibadatnya
Tujuan kita disuruh untuk bersabar adalah kerana:
1.supaya kita melakukan ibadah itu dengan tenteram dan dapat mencapai matlamatnya. Sukar untuk kita melakukan ibadat dengan sempurna jika kita tidak ada sifat sabar, semua perkara menjadi sukar untuk dilaksanakan. keadaan ini menyebabkan kita mudah berputus asa.
2. Supaya mencapai kejayaan( Dunia dan Akhirat). Firman Allah "dan kami jadikan antara mereka itu pemimpin yamg memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka bersabar." (QS.32:24) Firman Allah seterusnya " Mereka itulah orang2 yang dibalas(dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjungjung taat kepada Allah) dan mereka dialu-alukan di dalamnya dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan( oleh para malaikat)"(QS.39:10) Firman Allah lagi " Hai orang2 yang beriman, bersabarlah kamu(melakukan taat dan menghadapi musibah), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan dan siap sedialah serta bertawakkallah kepada Allah agar kamu beruntung(merebut syurga dan bebas dari neraka)"(QS.3:200)
Apabila seseorang itu berjaya mempertahaankaan kesabarannya dalam keempat-empat keadaan itu, maka tercapaailah darjat istiqomah dan seseorang itu tidak akan terjatuh ke jurang maksiat
Saidinar Ali R.a pernah bermadah, mksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga keatas kamu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika kamu tidak bersabar pun, takdir tetap aakan berlaku keatas kamu dan engkau berdosa.
Dalam konteks menghadapi ujian (Qodo') atau musibah seseorang hamba Allah itu, InsyaAllah akan berjaya mengekalkan kesabarannya, jikalau dia sentiasa mengingati kesedaran tentang hakikat atau hikmat musibah tersebut , lantaran itu menjadikan keimanan seseorang itu bertambah teguh. Sebagai perumpamaan tentang hakikat musibah itu, dikatakan ada seorang bapa yang melarang keras anaknye memakan sejenis makanan yang amat digemari oleh anaknya itu. sebaliknya bapa itu menyuruh anaknya untuk memakan buah biasa daripada bahan yang murah, walaupun dia cukup mampu untuk membeli buah kegemaran buah anakya itu. Apakah penerimaan anak terhadap tindakan bapanya itu?? dan apakah pendapat kita terhadap bapanya itu?? mungkin ramai yang mengatakan bahawaa bapa itu kedekut, bakhil, tidak bertimbang rasa dan sebagainya. Akan tetapi kita tidak harus menuduh sebaraangan kepada sang bapa itu sebelum kita tahu tujuan dia bertindak sedemikian. kita harus mencari sebab musababnya.
Inilah tindakan wajaar bagi orang yang bersabar. Demikianlah antara cara kita berhaadapan dengan keadaan yang tidak menyenangkan kita atau apabila menerima cubaan atau musibaahyang ditakdirkan oleh Allah Taala ke atas diri kita. kita tidak harus terus melenting, marah atau kesal mengikut arus perasaan dan ransangan nafsu syaitan, kerana tidak mengetahui hakikat disebalik takdir itu.
Bandingannya, katakaan kita tahu, tujuan sang bapa tersebut bertindak sedemikian adalah kerana anaknya menghadapi satu penyakit yang mana doktor mengatakaan bahawa sang anak itu tidak boleh memakaan makanan kegemarannya kerana boleh menyebabkan penyakitnya bertambaah teruk. Sekarang apa kata kita?? Tidakkah tuduhan2 terhadap si bapa itu tergugur dengan sendirinya.. dan sang anak pula apabila mengetahui tujuan bapanya, adakah wajar untuk dia memarahi bapanya?? Sekarang tentu kita kan mengatakan baahawa sang bapa merupakan seorang bertanggungjawab dan anak tidak patut untuk menyesali tindakan bapanya itu.
Katakan lagi, sang bapa membawa anaknya ke hospital, lalu ditahan, maka terpenjaralah anaknya, terpaksa berpisah dari keluarga dan kawan2nya. Dan selain itu, sang anak juga terpaaksa disuntik dan memakan ubat yang pahit. pada zahirnya sang anak itu menderita seksa , tetapi apabila diyakini bahawa semua itu hanya SEKSAAN untuk menyelamatkan daripada seksaan yang sebenar yang berpanjangan daripada penyakit yang menghadapinya. oleh itu seksaan itu seharusnya diterima dengaan hati yang terbuka, penuh rela, tenang dan sabar
Demikianlah semestinya penerimaan kita terhadap musibah atau ujian Allah Taala. Sebenaarnya penyakit itu merupakan ujian atau cubaan. Melalui penyakit kita diuji sejauh mana kesabaran dan keimanan kita, sejauhmana usaha ikhtiar kita merawatinya, sama ada melalui dengan cara bersendikan tawakkal dan tafwid atau melibaatkan perbuatan syirik. Dan andaikata ditakdirkan usaha rawatan itu gagal dan penyakit bertambah tenat, maka itu adlah ujian yang lebih besar. Kita sebagai hamba perlu bersabar dan menghadapinya dengan tenang, penuh kerelaan, penuh kesabaran di samping berikhtiar.
Untuk mewujudkan kesabaraan, kita hendaklah sentiasa menyedari bahawa kadar dan waktu berlakunya kesusahan atau musibah itu adalah di bawah takdir Allah Taala yang maha berkuasa. Ketetapan kadar itu bertambah atau berkurang dan waktunya tidak terdahulu atau terkemudian. Dan, untuk memelihara atau mengekalkan kesabaran itu pula, kita hendaklah sentiasa megingati bahawa kesabaran bakal dibalas dengan ganjaran yang tiada bandinagnnya.
Demikianlah, kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab. Yakinlah, keberkatan daripada kesabaran itu membawa manfaat kepada kita sekaligus menolak mudarat kepadaa kita. Sebagai ubat, pahitnya hanya sesaat, tetapi manisnya berpanjangan..
Wallahu a'lam.......
kesabaran itu merupakan ubat yang paling pahit tetapi paling mujarab....
ReplyDeleteSemuga Allah mengurniakan kesabaran yang tinggi bagi hambaNya yang sentiasa memohon pertolonganNya, syukran, permulaan yang bagus, teruskan usaha penulisan, jangan biar ianya terkubur, sekurang2nya untuk tatapan generasi selanjutnya...
wslm wbt