Friday, September 4, 2009

Rintahan ramadhan

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang

Segala puji bagi Allah yang menguasai langit dan bumi. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Hidup ini penuh dengan perulangan. kita bangun, berdoa, berwudu', bersolat, makan, minum, kerja, rehat, bermain dan tido kembali. Kita mengulanginya seterusnya esok dan lusa. Hampir kita lupalah apabila kita terlalu biasa dengan rutin hidup yang sama setiap hari sehingga kita perlukan orang lain untuk mengingatkan kita tentang sesuatu yang lebih penting dalam hidup.
Sedar ataupun tidak, ramadhan telah berlalu selama 15 hari meninggalkan kita, terlalu pantas masa berdetik, sehingga tak terasa ianya berlalu, sehari demi sehari terasa terlalu singkat. terasa diri ini amat rugi, banyak masa yang berlalu dengan bersahaja tanpa diisi dengan perkara-perkara yang memberi manfaat, sedangkan pada bulan ini menjanjikan keberkatan dalam semua amalan. Bertapa lemahnya diri......
Ramadhan merupakan tetamu yang dinanti-nantikan kedatangannya, ramai yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan kalau dilihat betapa ramainya yang ke masjid-masjid, surau-surau, madrasah-madrasah untuk menunaikan ibadah khususnya untuk menunaikan solat teraweh...Alhamdulillah...tetapi jika dilihat pada akhir-akhir ini dimasjid-masjid, surau-surau dan madrasah madrasah, amat menyedihkan, semakin berakhir ramadhan semakin sedikit jemaah yang dapat ke masjid. situasi ini ibarat hanya satu budaya bagi masyarakat kita. Kita tak dapat hayati makna sebenar Ramadhan apatah lagi untuk menterjemahkan makna itu melalui pengamalan. Bukan kita tidak mengetahui bahawa pada bulan ramadhan, byk kelebihan yang dijanjikan, tetapi akibat tidak menghayatinya dengan mendalam kita tidak merasa apapun ramadhan berlalu.
Para Ulama' mengelaskan manusia yang berpuasa kepada tiga bahgian
1) Golongan Awam- golongan ini merupakan golongan yang paling ramai pada hari ini, golongan ini hanya menahan makan dan minum sahaja, sedangkan perkara-perkara lain tetap dilaksankan.
2) Golongan Khowas- golongan ini merupakan golongan yang pertengahan. golongan ini berpuasa dari makan dan minum serta meningglakn perkara yang haram.
3) Golongan Khowasul Khowas- golongan ini merupakan golongan yang paling tinggi. golongan ini berpuasa dari makan minum dan membuat perkara haram serta dalam masa yang sama sentiasa melakukan amalan-amalan sunat yang lain dan meninggal perkara yang sia-sia.

Daripada ketiga-tiga golongan tadi, kita cuba muhasabah diri, dimanakah kita berada???

Jika dipikirkan, kenapakah kita merasa sangat susah untuk melakukan amal kebaikan sedangkan kita berada dalam bulan ramadhan dimana pada bulan ini smua iblis telah dibelenggu Sabda Rasulullah s.a.w "Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu neraka,dan dibuka pintu-pintu syurga dan tidak ditutup walaupun satu pintu. Penyeru berseru: Wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah, dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhientilah dan (yang ikhlas) kerana Allah, akn dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam Rmadhan"(RIWAYAT AT-TIRMIZI dan IBN MAJAH)

mungkinkah disebabkan oleh tarbiah iblis selama 11bulan lepas memberi kesan yang mendalam dalam diri setiap kita. dalam keadaan iblis dibelenggu pun masih ada diantara kita yang melakukan maksiat, apatah lagi jika iblis dibebaskan dari belenggu.

Masa masih panjang.....Sama-sama kita penuhi waktu yang tersisa ini dengan ketaqwaan, kerana perjalanan kita masih panjang, banyak liku-liku yang harus ditempuhi. Jangan jadikan diri kita ini hamba kepada nafsu, sebaliknya jadikanlah Iman sebagai penyuluh kegelapan laluan. Mungkin Ramdhan ini ramadhan terakhir buat kita, jadi gunakan masa, ruang dan peluang yng luas ini untuk kita mengabdikan diri kepadaNya kerana tiada yang paling berharga dalam hidup ini melainkan rasa kaseh dan cinta terhadapNYA..

Sama-sama kita pertingkatkan amalan...wassalam.


No comments:

Post a Comment