Tuesday, January 12, 2010

KAU TEMAN KAU SAHABAT



USTAZ FADHIRI


USTAZ FAIZOL

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”

Pada pagi 11 Januari 2010, perginya dua orang hamba Allah yang amat ana kasihi dan sayangi, perginya tidakkan kembali lagi ke alam syahadah ini. Tiada lafaz yang dapat ana ucapkan melainkan memohon pada Allah supaya rohnya dicucuri Rahmat dan diletakkan dalam kalangan orang-orang yang muttaqim.

Sehari sebelum arwah meninggal, beliau ada menghantar msg kat ana

“Tika titis air mata jatuh ke bumi, biarlah hanya DIA mengetahui kerna hanya DIA penyembuh luka, pemberi bahagia kepada hati dan nurani. Sedikit yang bermanfaat lebih baik dari daripada banyak yang melalaikan..ujianNya datang kerana kasihNya pada hambaNya agar iman terus meningkat dan hati semakin dekat denganNya...salam ukhwah fillah mahabbah fillah”

Ustaz Fadhiri seorang yang peramah dan lemah lembut dalam tuturkata membuatkan orang sekeliling merasa senang ketika bersamanya...ana selaku rakan sebilik dengan arwah amat terasa pemergiannya...Allahuakbar..

Ustaz faizol merupakan seorang yang amat tegas terutama dalam bab akidah..arwah juga kuat mengeluarkan kata-kata yang boleh melembutkan hati..Subhanallah..perginya sukar dicari ganti..

Kehilangan kedua2 sahabat ini ibarat kehilangan permata berharga buat kami semua..

MOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT DAN MENEMPATKANNYA DALAM KALANGAN ORANG YANG SOLEH..AMEEEN

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati
( korus )

Al-fatihah

1 comment:

  1. Masa lalu..
    Waktu hadir dirimu dalam hidupku..
    Mencipta episod baru..
    Bunga-bunga mekar mengharum..
    Burung-burung menyanyi riang..
    Bagiku semua itu hanyalah biasa..
    Hingga tiba saat berpisah..
    Detik itulah ku rasakan paling berharga..

    Andai saat ini aku menangis
    Kerana terkenangkanmu..
    Bukan ku tak redha pemergianmu..
    Kerana ku tahu kau tak akan kembali
    Aku hanya menangisi..
    Segala janji padaNya yang telah kumungkiri..

    ReplyDelete