Friday, February 12, 2010
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ ANTARA 50 TOKOH ISLAM TERBAIK DI DUNIA
KUALA LUMPUR, Nov 21 — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerajui Kelantan sejak 1990 sebagai Menteri Besar Kelantan disenaraikan sebagai antara pemimpin Islam berpengaruh di dunia.
Daripada senarai 50 personaliti yang dinamakan, Nik Aziz menduduki tempat yang ke-42.
Nama 50 personaliti ini disenaraikan dalam buku berjudul “The 500 Most Influential Muslims”. Edisi pertama dikeluarkan baru-baru ini oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.
“Kita cuba untuk mengetengahkan mereka yang berpengaruh sebagai Muslim, pengaruh mereka digerakkan hasil amalan ajaran Islam ataupun pada hakikatnya mereka adalah seorang Muslim,” kata bahagian pengenalan buku itu.
Mengetuai senarai itu ialah Raja Arab Saudi Raja Abdullah Abdul Aziz dan disusuli pemimpin agung Iran Ali Khamenei dan Raja Maghribi Raja Mohamed VI.
Umumnya, nama tokoh dan personaliti dalam buku itu disenaraikan dalam 15 kategori iaitu ulama, politik, pentadbiran, pengkhutbah, wanita, kedermawanan, pembangunan sains dan teknologi, kebudayaan, media dan radikal serta rangkaian Islam antarabangsa.
Kategori itu menyenaraikan kira-kira 450 nama keseluruhannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment