Tuesday, March 2, 2010

JAGA HATI..


“DENGAN MENYEBUT NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI”
Syukur kehadrat Allah subhanahuwataala, kerna dengan berkat iman dan islam ini aku dapat lagi terus istiqomah di atas jalan dakwah, tangan yang digerak dengan izinnya ini membolehkan aku mencoret peringatan buat kita semua..selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, juga tidak dilupakan pada keluarga dan sehabat-sahabat baginda.



Pertamanya ana nk bgth yang ana ni xsuka untuk menulis luahan hati dalam blog ni sebgaimana org lain yang ghairah menceritakan setiap gerak kerja yang telah dilakukan. Bagi ana cukup Allah sebagai penilai atas perbuatan kabaikan, dan ianya juga dapat selamatkan hati dari terus ditipu oleh syaitan yang sentiasa mencari peluang untuk memrangkap kita ke suatu jurang penuh nikmat di mata kita tetapi amat hina disisi Allah. Cukuplah sekadar untuk kita berkongsi ilmu dari apa yang kita perolehi dari program-program yang telah dilaksanakan sebagai ibrah bersama.


Teringat kata-kata sahabat, ketika dalam ruangan YM, “ana xminat lawat blog-blog yang menceritakan perihal diri sendiri., yang ana nk dari blog2 adalah perkongsian ilmu yg diperolehi” terfikir di benak fikiran ana yang kata-kata sahabat ana ini ada betulnya kerana jika kita sentiasa menceritakan perihal diri kita, pasti kita akan menulis apa yang telah kita laksanakan..tidakkah itu menjadi ruang untuk iblis laknatullah mepermainkan hati-hati kita. Ayuh sahabat-sahabat seperjuanganku, jaga hati dari ditipu oleh maklukh yang paling licik ini..sama-sama kita tutupi hati-hati kita dari ruang untuk dimasukki iblis dengan bermuhasabah...


Keikhlasan akan lahir bilamana segala kebaikan itu disorok, dan sebaliknya, ruang untuk hancurnya keikhlasan bertambah besar apabila kita menzahirkan setiap kebaikan yang telah kita laksankan. Walaubagaimanapun ianya tidak salah secara mutlak jika kita menzahirkan, tetapi ianya akan menjadikan persoalan, adakah kita mampu menjaga hati kita??? Persoalan ini mampu untuk dijawab oleh jiwa-jiwa yg ghairah menonjolkan setiap kebaikan yang telah dilakukan.



Ana berpesan pada diri ana dan antum semua agar kita sentiasa memperhalusi gerak kerja dakwah kita agar tidak tertipu dek kerana keghairahan kita untuk menyampaikan meseg2 berguna dalam masa yang sama kita terjerumus dalam pintu-pintu iblis..nauzubillah


Penyucian hati amat sukar dilaksanakan, tetapi mudah untuk mempelajarinya....renung2kanlah..moga ianya bermanfaat untuk kita semua...

1 comment:

  1. in sha ALLAH,berpesan-pesan pd kebaikan, saling menasihati..ini yang ana harapkan,islam bkn tertegak dgn kata-kata, tp dakwah perlu dilakukan setiap ms,..menjadi contoh yg baik pd kwn2 juga adalah dakwah,..keikhlasan hnya dtg dr hati yg tulus dan suci,dan hati-hati ini adalah hati-hati yang sll mengingati ALLAH..

    ReplyDelete