Monday, March 29, 2010
DAMPINGI ULAMA"
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Tidak ada tempat meminta pertolongan kecuali kepadaNya. Segala puji bagi Allah, tiada ada pujian kecuali padaNya. Aku memuji-mujiMU wahai Tuhanku, sebagaimana Engkau ajarkan kami cara memujiMU. Selawat dan salam semoga selalu disampaikan pada makhlukNya yang terbaik, sayyidina Muhammad s.a.w.
Orang-orang yang berdosa itu bagaikan berada di tempat yang kotor dan najis, langkah yang patut diambil bukan sahaja perlu meninggalkan tempat itu bahkaan ia mestilah beredar dan mencari tempat baru yang bersih dan suci.. setalah berusaha membersihkan kekotoran dosa yang melekat , maka dia mestilah menjaga kebersihan itu dari sebarang perkara yang boleh mencemarkannya kembali.
Setelah mereka meninggalkan rakan atau orang2 yang mendorong kepada kemungkaran dan dosa, hendaklah dia berusaha untuk mendampingi golongan yang cintakan agama, golongan yang membencikan kemungkaran berleluasa atau dengan kata lain golongan Ulama’. Hal ini adalah disebabkan oleh Jiwa yang telah dibersihkan dari dosa dan kemungkaran yang menjerumuska ke dalam lembah kebinasaan perlu diisi dengan perkara-perkara yang makruf iaitu dengan mendekati golongan-golongan ulama’ bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar, supaya corak hidup akan bertukar kepada suasana ketaqwaan.
Teringat kata-kata dari seorang murabbi semasa sesi pembelajaran yang telah berakhir. beliau mengatakan bahawa untuk kita menjadi seorang guru yang baik kita mestilah berada dalam suasana yang baik, kerana suasana akan membentuk kita..suasana dapat mempengaruhi gaya hidup kita, akan mempengaruhi tindak tanduk kita dan sebagainya. Oleh yang demikian, untuk menjdikan kita lebih baik kita mestilah berhijrah kpeda suatu tempat yang mempunyai persekitaran yang baik. Satu tempat yang baik yang dimaksudkan itu adalah tempat yang mempunyai golongan pencinta pada agama ada golongan yang bencikan kemksiatan berleluasa iaitu golongan Ulama’
Ulama’ merupakan pewaris para nabi yang meneruskan perjuangn untuk menegakkan kalimah Allah dimuka bumi dan mencegah segala kemungkaran. Para Ulama’ adalah pembawa obor ilmu yang menerangi kegelapan, apabila seseorang itu berusaha mendampingi ulama’ maka bererti dia berusaha untuk mendekati cahaya. Cahaya yang dapat menilai erti ketaqwaan dan hinanya kemaksiatan. Cahaya inilah juga dapat memberi jalan untuk merentasi lorong-lorong gelita kejahilan.
Para ulama’ adalah golongan yang sentiasa berusaha memberi peringatan, dan peringatan itu amat berguna kepda manusia yang tidak sunyi dari sifat lalai dan lupa, sebagaimana firman Allah
“ Berilah peringatan kerana peringatan itu amat memberi manfaat kepada orang-orang yang beriman”
Az-zariyat, 55
Orang2 yang sedng bertaubat setelah mereka meninggalkan tempat-tempat yang membawa kepada kejahatan, mereka mestilah sentiasa mendampingi majlis2 zikrullah. Kalau kita melihat makna zikir adalah ingat kepada Allah bukan sekadar didalam hati da fikiran sahaja, tetapi melaksanakan ingatan kepada hokum-hukum dan peraturan Allah Taala. Iaitu dengan erti kata lain melaksanakan segala kewajipan terhadap diri, keluarga dan masyarakat islam atau jemaah islam dan Negara.
Tidak dikatakan zikrullah jika sekadar pada lidah semata-mata , zikir yang hanya pada lidah walaupun diucapkan ribuan kali, namun ianya tidak menepati kehendak zikir yang sebenarnya jika amalan sehariannya tidak menunjukkan bahawa dia benar-benar ingat kepada Allah S.W.T. Apa ertinya lidah sentisa menyebut Allah sedangkan dia masih lagi terlibat dalam kemungkaran dan kemaksiatan contonya terlibat dalam rasuah, jual beli rumah secara riba, dan sebagainya. Sepatutnya bagi lidah yang sentiasa melafzkan Allah, tidak layak baginya untuk melakukan amalan yang bercanggah dengan kehendak Allah S.W.T.
Kesan dari zikrullah itu mestilah dapat kita lihat dari amalan seharian. Sekiranya bercanggah antara ucapan dan amalan maka bererti kita sebenarnya jahil terhadap apa yang telah diucapkan. Maka wajiblah menseragamkan anatara ucapan, ingatan, dan amalan kerana sebenarnya yang dikatakan iman ialah ikrar dengan lidah, membenarkan dengan hati dan melaksanakan dengan anggota.
Riwayat dari saidinar Ali r.a, bahawa seorang lelaki setelah selesai dari menunaikan solatnya, lantas berdoa pada Allah dengan katanya” YA ALLAH YA TUHANKU, AKU BERTAUBAT KEPADAMU SEKARANG JUGA” Apabila saidinar Ali mendengar doa orang it uterus Saidinar Ali berkata :-
“Wahai hamba Allah yang sedang berdoa, sesungguhnya taubat yang engkau pohonkan itu adalah taubat dusta, dan kamu memerlukan kepada taubat yang lain”
Sesunggauhnya bertaubat itu memerlukan syarat yang mesti dituruti dan dipatuhi. Jika kamu mempermudahkan urusan agamamu di dunia, Nescaya Allah akan memperhlusi setiap amalanmu diakhirat dan jika kamu memperhalusi setiap amalanmu di dunia maka Allah akan mempermudahkanmu di akhirat.
Sama-sama kita muhasabah diri kembali, agar kita sentiasa dalam magfirahnya. Tiada apa yang kita harapkan dari Allah melainkan dengan Rahmat dan pertolongannya..
Wassalam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment