Saturday, October 31, 2015

Keutamaan Menghidupkan Sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam

Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani Radhiyallahu anhu , Rasulullah Shallallahu laihi wasallam bersabda:

مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا


“Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun“[HR Ibnu Majah, pada sanadnya ada kelemahan, akan tetapi hadits ini dikuatkan dengan riwayat-riwayat lain yang semakna, oleh kerana itu Syaikh al-Albani menshahihkannya dalam kitab “Shahih Ibnu Majah”]


Hadits yang agung ini menunjukkan keutamaan besar bagi orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam , terlebih lagi sunnah yang telah ditinggalkan kebanyakan orang. Oleh kerana itu, Imam Ibnu Majah mencantumkan hadits ini dalam kitab “Sunan Ibnu Majah” pada Bab: “(Keutamaan) orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah ditinggalkan (manusia)”[Kitab “Sunan Ibnu Majah”].


Imam Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata: “Orang muslim yang paling utama adalah orang yang menghidupkan sunnah-sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam yang telah ditinggalkan manusia, maka bersabarlah wahai para pencinta sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam, kerana sesungguhnya anda adalah orang yang paling sedikit jumlahnya di kalangan manusia”.



Faedah-faedah penting yang terkandung dalam hadits ini:


- Sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam adalah segala sesuatu yang bersumber dari Rasulullah Shallallahu alaii wasallam, baik ucapan, perbuatan mahupun penetapan beliau, yang ditujukan sebagai syariat bagi umat Islam.


- Arti “menghidupkan sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam” adalah memahami petunjuk beliau,   mengamalkan dan menyebarkannya di kalangan manusia, serta menganjurkan orang lain untuk mengikutinya dan melarang dari menyelisihinya.


- Orang yang menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam akan mendapatkan dua keutamaan (pahala) sekaligus iaitu [1] keutamaan mengamalkan sunnah itu sendiri dan [2] keutamaan menghidupkannya di tengah-tengah manusia yang telah melupakannya.


Syaikh Muhammad bih Shaleh al-’Utsaimin Rahimahullah berkata: “Sesungguhnya sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam jika semakin dilupakan, maka keutamaan mengamalkannya pun semakin kuat (besar), kerana orang yang mengamalkannya akan mendapatkan keutamaan mengamalkan sunnah itu sendiri dan keutamaan menyebarkan menghidupkan sunnah di kalangan manusia”.


- Allah  memuji semua perbuatan Nabi Shallallahu alaihi wasallam  dan menamakannya sebagai “teladan yang baik“, dalam firman-Nya:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan kebaikan pada) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah” (QS al-Ahzaab:21).


Ini menunjukkan bahwa orang yang mencontohi sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam berarti dia telah menempuh ash-shirathal mustaqim (jalan yang lurus) yang akan membawanya mendapatkan kemuliaan dan rahmat Allah.


- Ayat ini juga mengisyaratkan satu faedah yang penting untuk direnungkan, iaitu keterikatan antara mencontohi sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam dengan kesempurnaan iman kepada Allah dan hari akhir, yang ini bererti bahwa semangat dan kesungguhan seorang muslim untuk mencontohi sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam merupakan pertanda kesempurnaan imannya.

Syaikh Abdurrahman as-Sa’di ketika menjelaskan makna ayat di atas, beliau berkata: “Teladan yang baik (pada diri Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam ini, yang akan mendapatkan taufik dari Allah untuk mengikutinya hanyalah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan balasan kebaikan di hari akhir. Kerana kesempurnaan iman, ketakutan pada Allah, serta pengharapan balasan kebaikan dan ketakutan akan siksaan Allah, inilah yang memotivasi seseorang untuk mencontohi sunnah Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment