Alhamdulillah..syukur pada Allah S.W.T kerana masih lg memberi peluang pada aku untuk terus hidup dalam nikmat iman dan islam..dah lama tak update blog, byk keje sangat akhir-akhir sem ni..walaubagaimanapun Alhamdulillah pada 31/10 dan 1/11 aku dan sahabat dan sahabiah seramai 28 sempat lagi ke kursus rawatan perubatan islam di kuang Selangor..dalam keadaan yang tidak berapa sihat aku tetap kuatkan diri untuk ke kursus dua hari tersebut...alhamdulillah aku Berjaya habiskan kursus itu...kursus itu mengandungi dua peringkat, iaitu penerangan secara teori dan seterusnya secara praktikal..dalam penerangan teori, memang telalu banyak input yang dapat dikutip..penerangan yang jelas dan cukup cermat dari ust Majid itu membuatkan aku tidak merasa mengantuk walaupun mengambil masa yang agak panjang..pada hari seterusnya aku diajar secara prktikal cara untuk merawat pesakit...cukup mudah dilakukan tetapi perlunye kita kepada kebergantungan kepada Allah 100%..daripada apa yang diterangkan selama 2hari tersebut, aku dapat simpulkan bahawa niat dan doa adalah kunci kepada Berjaya atau tidak untuk merawat...
Kandungan kursus adalah sama seperti sebelum ini iaitu (1) Pengenalan Rawatan Gangguan (2) Membenteng diri (3) Rahsia Mu'allij dan (4) Teknik Rawatan
Untuk kursus kali ini sedikit penambahan berkenaan (1) Teknik tidurkan jin (2) Teknik selsema babi Teknik benteng secara racun (4) Teknik rawatan 30 minit. oleh yang demikian masa kursus telah ditambah sehingga petang
Sebelum balik sempat juga aku menerima rawatan dengan ust majid, Alhamdulillah tiada sebarang tanda-tanda gangguan....
No comments:
Post a Comment