Wednesday, December 30, 2009
MATI : SETIAP SENDI MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL
“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani”
Tiada pengajaran atau nasihat yang paling berkesan bagi mengubati hati melainkan dengan berfikir dan merenung soal kematian, ianya pasti akan meninggalkan kesan kepada mereka. Ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila berlaku kematian yang hamper pada kita, umpama kematian keluarga, sahabat karib, dan orang-orang yang disayangi sudah pasti suasana sedih akan menyelubungi. Semua turut bersedih miskipun pada keadaan biasanya terdapat mereka yang keras hati.
Kematian membuktikan bahawa ianya dapat merubah dari suasana yang riang kepada muram dan sedih, dari kebiasaan kepada situasi pilu dan sebagainya. Keadaan sebegini melahirkan dua golongan, golongan pertama adalah golongan mempunyai hati yang lembut dan mereka akan cepat mengambil iktibar dari kematian orang-orang terdekat, kesan ini akan berpanjangan sehingga dapat merubah kehidupan sehariannya. Manakala golongan kedua pula ialah golongan yang mempunyai hati yang keras, kematian orang terdekat hanya memberi kesan yang sekejap sahaja dan ianya akan kembali kepada kehidupan yang asal. Keadaan ini bukan bererti kematian tidak member kesan hatinya , tetapi dia telah mensia-siakan kesempatan yang amat berharga itu untuk melakukan perubahan pada diri.
Islam menggalakkan untuk menziarahi orang yang sedang sakit tenat, terutama ketika sedang berada pada saat sakaratul maut,serta mentalkinkan lafaz toyyibah iaitu Lailaha Ilallah, mudah-mudahan ianya dapat membentu si pesakit itu untuk mengakhirkan kalamnya dengan lafaz toyyibah tersebut.
Mengiringi jenazah ke kuburan juga merupakan perjalanan terakhir jasad di atas bumi ini, keadaan pilu megiringi langkah-langkah menuju kealam yang kekal. Jasad yang kaku dimasukkan ke lahad yang kelam, dan ditimbus dengan pasir secara perlahan-lahan, sungguh sayunye hati melihat keadaan tersebut.
Sesungguhnya bukan sekadar orang-orang terdekat sahaja yang merasa hiba dan sedih bahkan setiap anggota sendi si mati juga turut bersedih. Setiap kematian berlaku pada diri sesorang, pastinya sendi-sendi terlebih dahulu yang merasai perpisahan yang selamanya. Kematian pada sendi-sendi berlaku secara perlahan-lahan, beransur-ransur. Bermula dari sendi jari kaki mengucapkan salam perpisahan, kepada
sendi-sendi yang telah mati.
Setiap telapak kaki mengucapakan salam perpisahan pada sendi buku lali, diikuti oleh buku lali mengucapkan salam perpisahan pada betis dan begitulah seterusnya. Mereka mengucapkan perpisahan itu seolah-olah
“Sesungguhnya kita sudah lama bersama dan berada dalam suatu keluarga yang sama, merasai susah senang bersama, saling bantu-membantu antara kita, sekarang aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepadamu, kerna Allah mengkehendaki perpisahan ini, semoga kita kan bertemu lagi di akhirat kelak”
Sesungguhnya sendi-sendi itu berpisah dengan sedih yang teramat sangat, tetapi tiada siapa pun yang sedarinya.kesedihan diantara sendi-sendi dirasai kerana ketika bangkait di akhirat ianya akan memikul bebanan yang amat berat, seperti yang telah difirmankan oleh Allah
“pada hari kiamat ini (hari yang dihitung amal) kami tutup mulut mereka dan berkata kepada kami tangan mereka dan member saksilah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka lakukan”
( Yasin, ayat 65 )
Daripada ayat diatas dapat dikatakan bahawa pertemuan sendi-sendi selepas ini adalah bukan untuk menghilangkan rindu setelah sekian lama berpisah, akan tetapi pertemuan kali kedua itu untuk sama-sama memikul tanggungjawab yang besar, dimana kaki akan menjadi saksi diatas berbuatan tangan-tangan.
Cuba kita mengambil masa sejenak untuk memikirkannya.....alangkah bertuah sekiranya sendi-sendi akan bertutur dan kaki menjadi saksi keatas perbuatan yang baik dan alangkah celakanya jika penyaksian kaki dan pertuturan tangan di atas perbuatan yang jahat..Nauzubillah...
Wassalam
_____________________________________Iwan__________________________________
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment